[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Dibebaskan – Kes SRC RM27 Juta, Ikuti Laporan di Sini
INTERNATIONAL

Dua maut, 13 cedera tembakan rambang di pasar raya

Astro Awani 23/09/2021 | 20:42 MYT
Polis berkata suspek maut dipercayai selepas menembak diri sendiri dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 1.30 petang waktu tempatan. - Gambar hiasan
SEKURANG-KURANGNYA dua maut, manakala 13 lagi cedera dalam kejadian tembakan rambang di sebuah pasar raya di Tennessee, Amerika Syarikat.
Insiden itu dilaporkan berlaku pada 1.30 petang Khamis waktu tempatan di bandar Collierville, lapor USA Today.
Ketua Polis Collierville, Dale Lane berkata, suspek maut dipercayai selepas menembak diri sendiri.
Menurutnya, kesemua mangsa yang cedera dibawa ke hospital dan ada di antaranya yang cedera parah.
Katanya, ketika pencarian penyerang dibuat, suspek ditemui mati akibat luka tembakan.
Setakat ini, Identiti penembak dan mangsa belum dikenal pasti dan polis masih menjalankan siasatan bagi mengetahui punca serangan berkenaan.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#tembakan rambang #pasar raya #maut #Amerika Syarikat