awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia teruskan peningkatan dipacu belian saham murah
200 veteran ATM dijangka sertai AKPS bermula suku pertama tahun ini
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua maut, 14 cedera letupan bom pasar Ramadan di Pattani

Bernama
Bernama
27/05/2019
20:00 MYT
Dua maut, 14 cedera letupan bom pasar Ramadan di Pattani
Ketua Polis Wilayah Pattani, Mej. Jen. Pol. Piyawat Chalermsi berkata, bom buatan sendiri seberat 15 kilogram itu telah diletakkan di sebuah motosikal dan diaktifkan dengan menggunakan walkie talkie. - fotoBERNAMA
Dua termasuk seorang remaja maut dan 14 lagi cedera dalam satu kejadian letupan bom di pasar Ramadan di Pattani, selatan Thailand, pada Isnin.
Dalam kejadian kira-kira 4.15 petang (waktu tempatan) itu, orang ramai sedang membeli juadah berbuka di pasar ramadan di Pekan Bo Thong, Nong Chik, Pattani.
Ketua Polis Wilayah Pattani, Mej. Jen. Pol. Piyawat Chalermsi berkata, bom buatan sendiri seberat 15 kilogram itu telah diletakkan di sebuah motosikal dan diaktifkan dengan menggunakan walkie talkie.
Beliau berkata remaja, 14, meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang wanita berusia 35 tahun meninggal dunia di Hospital Pattani.
"Seramai 14 orang, termasuk empat renjer yang sedang mengawal keselamatan di tempat kejadian mengalami kecederaan dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
'Dalam kejadian itu, lima buah kenderaan rosak teruk akibat serpihan bom manakala beberapa buah premis perniagaan turut mengalami kerosakan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#berbuka puasa
#letupan bom
#pasar Ramadan
#Pattani
#Ramadan
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan