awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua maut, 14 masuk hospital: Penyakit Legionnaires dikesan di California

Agensi
Agensi
13/03/2022
08:58 MYT
Dua maut, 14 masuk hospital: Penyakit Legionnaires dikesan di California
Penyakit yang disebabkan bakteria Legionella itu boleh dirawat dengan antibiotik dan tidak menjangkiti dari manusia ke manusia lain. - Freepik
LOS ANGELES: Dua maut manakala 14 lagi dimasukkan ke hospital selepas wabak penyakit Legionnaires dikesan di Lembah Coachella, selatan California, Amerika Syarikat.
Jabatan Kesihatan Awam Riverside County kini menjalankan siasatan tentang beberapa kes penyakit Legionnaires yang dilaporkan di Palm Springs, Palm Desert dan komuniti di sekitarnya antara musim luruh 2021 hingga awal tahun 2022, lapor media tempatan.
Pegawai kesihatan pada awalnya mengesahkan sebanyak 20 kes berkaitan penyakit itu. Namun, laporan susulan menyatakan 14 daripadanya menerima rawatan di hospital, dan terdapat dua kes kematian melibatkan penduduk Riverside County dan seorang lagi pelawat.
"Punca penyakit berkenaan dan tahap penularan belum diperincikan," menurut kenyataan rasmi jabatan itu.
Penyakit Legionnaires merupakan pneumonia tahap serius yang disebabkan bakteria Legionella, kata Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit.
Seseorang boleh jatuh sakit apabila mereka menghirup udara yang mengandungi titis air atau secara tidak sengaja menelan air yang dicemari Legionella, seterusnya memasuki paru-paru. Bagaimanapun, penyakit itu boleh dirawat dengan antibiotik dan tidak menjangkiti dari manusia ke manusia lain.
"Kami mengesyorkan individu di kawasan yang dinyatakan, jika mengalami simptom seperti pneumonia, gangguan respiratori, demam, seram sejuk, batuk, pendek nafas, sakit otot dan sakit kepala, sila dapatkan rawatan kesihatan segera," ujar Dr Geoffrey Leung dari jabatan berkenaan, dalam satu kenyataan.
Kebanyakan mereka yang sihat tidak akan sakit selepas mereka terdedah kepada Legionella. Namun, mereka yang berusia lebih 50 tahun dengan faktor risiko seperti perokok atau bekas perokok, sistem imun yang lemah, atau penyakit paru-paru kronik, dinasihatkan berwaspada.
Topic Berkaitan
#legionnaires
#Bakteria
#penyakit
#California
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan