Dua terbunuh selepas dua buah pesawat ringan bertembung di Lapangan Terbang Marion, Indiana Amerika Syarikat pada Isnin.

Pihak berkuasa tempatan kedua-dua pesawat berkenaan bertembung di atas lapangan terbang berkenaan ketika salah satunya sedang mendarat manakala satu lagi pesawat dalam cubaan untuk berlepas.

Ia membabitkan pesawat jenis Cessna 525 Citation dan Cessna 150.

Kedua-dua mangsa yang terbunuh adalah daripada pesawat Cessna 150, manakala keadaan lima penumpang dalam satu lagi pesawat belum diketahui.

Bagaimanapun pihak berkuasa percaya kemalangan terserbut mungkin berpunca daripada faktor keadaan lapangan terbang tersebut yang tidak mempunyai menara kawalan trafik udara dan juruterbang hanya berkomunikasi menggunakan radio biasa.

Lembaga Keselamatan Pengangkutan Negara (NTSB) mengetuai siasatan mengenai punca sebenar kejadian tersebut.