INTERNATIONAL
Dua maut dalam nahas pesawat ringan di California
Sebuah jet peribadi jenis Cessna 550 itu terhempas di kawasan perumahan tentera di San Diego, California, Amerika Syarikat awal Khamis, mengorbankan sekurang-kurangnya dua orang. - Gambar AP
HOUSTON (Amerika Syarikat): Sebuah pesawat ringan terhempas di San Diego, California, Amerika Syarikat awal Khamis, mengorbankan sekurang-kurangnya dua orang, menurut pihak polis.
Sementara itu, lapan yang lain cedera apabila jet peribadi jenis Cessna 550 itu terhempas di kawasan perumahan tentera, kata Jabatan Polis San Diego menerusi platform X.
Kira-kira 100 penduduk dipindahkan susulan kejadian itu, manakala Lembaga Keselamatan Pengangkutan Negara (NTSB) kini berada di lokasi bagi mengambil alih siasatan, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Punca nahas masih belum diketahui.
Jabatan Bomba dan Penyelamat San Diego berkata, pesawat itu terhempas ke sebuah unit perumahan tentera, mengakibatkan kira-kira 15 rumah terkena impak serta beberapa rumah dan kenderaan terbakar.
"Saya sendiri telah meninjau kawasan itu dan sepanjang jalan kelihatan seperti babak dari sebuah filem," kata Penolong Ketua Bomba San Diego, Dan Eddy.
Beliau berkata pesawat itu boleh memuatkan antara lapan hingga 10 orang termasuk juruterbang, namun pihak berkuasa belum mengetahui jumlah sebenar penumpang ketika nahas berlaku.
Bagaimanapun, beliau mengesahkan bahawa semua mangsa yang terkorban berada di dalam pesawat dan tiada kematian melibatkan penduduk.
"Kami percaya terdapat beberapa kematian, tetapi kami perlu teliti satu per satu untuk pastikan jumlah sebenar," katanya.
Pihak bomba memaklumkan beberapa kawasan kejiranan di sekeliling terpaksa dikosongkan berikutan tumpahan bahan api akibat nahas itu.
"Kami dapati bahan api jet tumpah di merata-rata tempat. Pasukan hazmat berada di lokasi dan kami telah minta lebih banyak bantuan dihantar," katanya.
-- BERNAMA