DUNIA

Dua maut dalam nahas pesawat ringan di Florida

Bernama 11/11/2025 | 04:00 MYT
Sebuah pesawat ringan dalam misi bantuan kemanusiaan Taufan Melissa terhempas ke dalam sebuah kolam di Coral Springs, Florida pada Isnin, mengakibatkan dua individu maut. (Foto AP)
WASHINGTON: Dua terbunuh apabila sebuah pesawat ringan terhempas di bandar Coral Springs, Florida pada Isnin, lapor Sputnik/RIA Novosti memetik pihak berkuasa tempatan.

Menurut laporan awal CBS 12, pesawat ringan berkenaan dalam penerbangan ke Jamaica bagi melaksanakan misi bantuan kemanusiaan susulan Taufan Melissa sebelum terhempas ke dalam sebuah kolam di Coral Springs.

Dalam satu kenyataan di laman sesawang rasminya, kerajaan bandar Coral Springs mengesahkan bahawa dua individu maut dalam kejadian itu.

Taufan Melissa melanda Jamaica pada Selasa, menyebabkan banjir besar serta kerosakan terhadap infrastruktur.

Ia kemudiannya melanda Cuba, Republik Dominican, Haiti dan beberapa negara kepulauan kecil di rantau Caribbean, mengakibatkan kemusnahan di sepanjang laluannya.

-- BERNAMA

#pesawat terhempas #Florida #Coral Springs #pesawat terhempas ke dalam kolam