DUNIA
Dua maut dalam serangan gereja di Michigan, Amerika Syarikat
Anggota penguat kuasa kelihatan berhampiran Church of Jesus Christ of Latter-day Saints yang terbakar, susulan kejadian tembakan dan kebakaran, di Grand Blanc, Michigan, AS, 28 Sept 2025. REUTERS
MICHIGAN, AMERIKA SYARIKAT: Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh manakala beberapa lagi cedera dalam insiden tembakan dan kebakaran di sebuah gereja di sini, pada Ahad.
Kejadian berlaku di The Church of Jesus Christ of Latter-day Saints di Grand Blanc Township sekitar jam 10.25 pagi waktu tempatan.
Menurut polis tempatan, gereja berkenaan turut dilaporkan terbakar susulan kejadian tersebut, bagaimanapun berjaya dipadamkan.
Rakaman di media sosial sebelum itu menunjukkan asap tebal keluar dari bangunan berkenaan ketika pasukan bomba menyembur air bagi memadam kebakaran, manakala beberapa trak bomba dan kenderaan kecemasan dilihat berada di lokasi.
Ketua Polis Grand Blanc Township, William Renye dalam sidang media berkata, seorang suspek lelaki berusia 40 tahun telah memandu kenderaannya ke dalam kawasan gereja ketika upacara keagamaan sedang berlangsung.
Suspek kemudian melepaskan tembakan menggunakan senjata automatik.
Beliau memaklumkan, beberapa individu kini berada dalam keadaan kritikal dan pihak berkuasa menjangkakan terdapat lagi mangsa di kawasan kebakaran tersebut.
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, dalam hantaran di laman Truth Social menyifatkan insiden itu sebagai “sangat mengerikan” dan mendakwa ia merupakan “satu lagi serangan yang menyasarkan penganut Kristian.”
Grand Blanc, sebuah bandar dengan kira-kira 7,700 penduduk, terletak kira-kira 97 kilometer barat laut Detroit. - Reuters