Dua maut ditikam dalam tren kerana pertahan wanita berhijab

Agensi
Mei 28, 2017 05:02 MYT
Polis berkata suspek Jeremy Joseph Christian (gambar) mempunyai rekod jenayah lampau dan terkenal dengan sifat anti perkauman.- Foto AP
Dua lelaki di Portland, Amerika Syarikat maut ditikam dalam tren komuter ketika cuba mempertahankan dua wanita Islam yang diganggu.
Menurut saksi, suspek yang berumur 35 tahun menggunakan kata-kata bersifat perkauman terhadap mereka, dengan seorang daripada wanita itu memakai hijab.
Melihat kejadian, dua penumpang lelaki cuba mempertahankan dua wanita terbabit menyebabkan suspek marah dan bertindak menikam mereka.
Kedua-dua mangsa meninggal dunia akibat serangan itu.
Polis berkata suspek Jeremy Joseph Christian mempunyai rekod jenayah lampau dan terkenal dengan sifat anti perkauman.
#jenayah #Jeremy Joseph Christian #mati #maut #portland #suspek