DUNIA

Dua maut, enam cedera dalam insiden tembakan di gereja Salt Lake City

Astro Awani 08/01/2026 | 04:30 MYT
Dua individu maut dan enam cedera dalam insiden tembakan di luar gereja di Salt Lake City, AS, semasa majlis pengebumian berlangsung. -Gambar hiasan
SALT LAKE CITY: Dua individu maut manakala enam lagi dilaporkan cedera dalam kejadian tembakan di luar gereja The Church of Jesus Christ of Latter-day Saints di Salt Lake City, Utah, Amerika Syarikat (AS), pada Rabu malam.


Ringkasan AI
  • Dua individu maut dan enam cedera dalam tembakan di luar gereja di Salt Lake City, AS, semasa majlis pengebumian berlangsung.
  • Polis mengesahkan lapan mangsa terlibat, dengan tiga kritikal dan tiga lain dibawa ke hospital tanpa status pasti.
  • Siasatan kes masih berterusan, tanpa tangkapan suspek, dan kejadian itu menimbulkan kebimbangan serta panik di kalangan hadirin dan komuniti setempat.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Jurucakap Polis Salt Lake City, Glen Mills, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar 7.30 malam waktu tempatan berhubung insiden di kawasan tempat letak kereta gereja ketika satu majlis pengebumian sedang berlangsung.

“Seramai lapan mangsa dikenal pasti setakat ini, termasuk dua yang meninggal dunia akibat kecederaan parah,” katanya.

Tiga mangsa dilaporkan kritikal, manakala tiga lagi dibawa ke hospital oleh keluarga atau orang awam dan status mereka belum dapat dipastikan.

Polis memaklumkan sebuah kenderaan dipercayai digunakan suspek dirakam kamera keselamatan, namun tiada tangkapan dibuat setakat ini.

Siasatan awal belum mengesahkan sama ada terdapat lebih daripada seorang penembak.

Kejadian mencetuskan panik dalam kalangan hadirin majlis pengebumian dan komuniti setempat.

Puluhan kenderaan kecemasan dikerahkan ke lokasi, dan laluan Redwood Road antara 500 North dan 700 North ditutup sementara bagi siasatan.

Motif kejadian masih disiasat dan pihak berkuasa meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil membantu.

Nama mangsa belum didedahkan sementara menunggu proses pengecaman dan pemberitahuan kepada keluarga.






Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apa yang berlaku di luar gereja The Church of Jesus Christ of Latter-day Saints di Salt Lake City, Utah, yang menyebabkan dua individu maut dan enam cedera?
    A: Kejadian tembakan berlaku di luar gereja tersebut ketika satu majlis pengebumian sedang berlangsung, menyebabkan dua individu maut dan enam cedera.
  • Q: Berapakah jumlah mangsa yang dikenal pasti dalam kejadian tembakan tersebut?
    A: Seramai lapan mangsa dikenal pasti setakat ini, termasuk dua yang meninggal dunia akibat kecederaan parah.
  • Q: Apakah maklumat yang diketahui tentang suspek yang terlibat dalam kejadian tembakan di Salt Lake City?
    A: Sebuah kenderaan dipercayai digunakan oleh suspek dirakam kamera keselamatan, namun tiada tangkapan dibuat setakat ini; siasatan awal belum mengesahkan sama ada terdapat lebih daripada seorang penembak.
  • Q: Bagaimanakah tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa setempat selepas kejadian tembakan di gereja tersebut?
    A: Puluhan kenderaan kecemasan dikerahkan ke lokasi, dan laluan Redwood Road antara 500 North dan 700 North ditutup sementara bagi siasatan; pihak berkuasa juga meminta bantuan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian.
  • Q: Apakah status terkini tiga mangsa yang dilaporkan kritikal dan tiga lagi yang dibawa ke hospital oleh keluarga atau orang awam?
    A: Status tiga mangsa yang dilaporkan kritikal dan tiga lagi yang dibawa ke hospital oleh keluarga atau orang awam masih belum dapat dipastikan pada ketika ini.



#Salt Lake City #tembakan #majlis pengebumian