Dua maut, helikopter tentera terhempas di Mississippi

Bernama
Februari 24, 2024 10:20 MYT
Helikopter jenis Apache AH-64 terhempas ketika menjalani latihan rutin di Prentiss County. - Gambar hiasan/ AP
MOSCOW: Dua anggota tentera Mississippi terkorban selepas helikopter yang dinaiki terhempas di Prentiss County semasa menjalani latihan rutin pada Jumaat, lapor Sputnik memetik Gabenor Mississippi Tate Reeves.
"Kira-kira 2 petang (20:00 GMT Jumaat), helikopter jenis Apache AH-64 terhempas ketika menjalani latihan rutin di Prentiss County. Malangnya, dua anggota tentera terkorban," kata Reeves menerusi platform X.
Anggota penyelamat dan pihak berkuasa tempatan kini berada di lokasi kejadian.
Sebelum ini, pada Februari, lima anggota marin terbunuh dalam nahas helikopter CH-53E Super Stallion di kawasan terpencil di California Selatan semasa menjalani penerbangan latihan.
Pada Disember 2023, tentera AS menghentikan keseluruhan operasi armada pesawat V-22 Osprey selepas lapan anggotanya maut apabila CV-22 Osprey terhempas di pantai Pulau Yakushima Jepun.
-- BERNAMA
#tentera US #helikopter terhempas #Amerika Syarikat #tentera maut