Dua maut helikopter terhempas

Astro Awani
Jun 21, 2022 00:15 MYT
Rakaman udara menyaksikan tapak nahas berdekatan sebuah pokok. - Foto AP
YORKSHIRE: Dua dilaporkan maut selepas sebuah helikopter terhempas di utara Yorkshire di timur laut United Kingdom pada Isnin.
Memetik laporan media tempatan, pihak polis memaklumkan nahas berlaku berhampiran perkampungan Burton.
Rakaman udara turut menyaksikan tapak nahas berdekatan sebuah pokok.
Siasatan turut dilancarkan oleh pasukan polis.
Ahli keluarga telah dimaklumkan berkenaan kejadian tersebut.
Punca sebenar insiden masih tidak diketahui.
#helikopter terhempas #maut #Nahas #pokok