awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua maut, sekumpulan gajah terlepas dari taman di Uganda

Bernama
Bernama
15/08/2023
04:54 MYT
Dua maut, sekumpulan gajah terlepas dari taman di Uganda
Salah seorang mangsa yang terkorban diserang gajah semasa bekerja di kebunnya. - Gambar fail
KAMPALA: Dua orang terbunuh manakala tanaman turut musnah selepas sekawan gajah terlepas dari sebuah taman di Uganda.
Menurut polis, insiden berlaku di Taman Negara Queen Elizabeth, yang terletak di daerah barat Kasese, sekitar 278 kilometer (172 batu) dari ibu negara Kampala.
"Gajah-gajah itu menuju ke kampung berhampiran iaitu Kasandala, hingga menyebabkan kerosakan.
"Kerajaan akan menilai kerosakan yang berlaku dan memberi pampasan kepada mereka yang terjejas," kata Pesuruhjaya Daerah Residen Kasese Joe Walusimbi kepada Anadolu.
Jurucakap Pihak Berkuasa Hidupan Liar Uganda, Bashir Hangi, mengesahkan kejadian itu.
Beliau mengucapkan takziah kepada mereka yang kehilangan orang tersayang dan berjanji akan memberi bantuan.
Ketua kampung Kasandala Augustus Muzimbi memberitahu Anadolu bahawa mangsa yang terkorban ialah Yoramu Mugisha, yang diserang gajah semasa bekerja di kebunnya, dan Deo Mujuke, yang diserang ketika pulang dari memancing di tasik berdekatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gajah terlepas
#dua maut
#Taman Negara Queen Elizabeth
#Uganda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan