Dua maut, tiga hilang helikopter terhempas di Vietnam

Bernama
April 6, 2023 06:24 MYT
Model helikopter Bell 505 milik Syarikat Helikopter Vietnam Utara yang terhempas ketika lawatan udara tapak Warisan Dunia Teluk Ha Long di Quang Ninh. -Facebook Northern Vietnam Helicopter
HANOI: Sebuah helikopter terhempas di utara Vietnam pada Rabu, mengorbankan dua orang dan menyebabkan tiga lagi hilang, lapor Xinhua memetik Agensi Berita Vietnam (VNA).
Helikopter Bell 505, milik Syarikat Helikopter Vietnam Utara yang dinaiki seorang juruterbang dan empat pelancong itu terhempas ketika melakukan lawatan udara tapak Warisan Dunia Teluk Ha Long di Quang Ninh.
Pasukan penyelamat masih menjalankan misi mencari mangsa yang hilang, menurut Kementerian Pertahanan Vietnam.
Helikopter itu berlepas pada 4.56 petang waktu tempatan dan terputus hubungan kira-kira pukul 5.15 petang.
-- BERNAMA
#helikopter terhempas #Syarikat Helikopter Vietnam Utara #tapak Warisan Dunia Teluk Ha Long #helikopter Bell 505