Dua menara di loji kuasa Ulsan dirobohkan bagi memudahkan operasi mencari mangsa hilang

Pasukan penyelamat menjalankan kerja berhampiran sebuah menara setinggi 60 meter yang runtuh semasa kerja-kerja perobohan di sebuah loji janakuasa yang ditamatkan operasi di Ulsan, Korea Selatan, 6 Nov 2025. (Foto AP)
ULSAN (Korea Selatan): Pihak berkuasa Korea Selatan akan meletupkan dua menara dandang bersebelahan menara yang runtuh minggu lalu bagi memudahkan usaha mencari mangsa yang masih hilang, lapor Agensi Berita Yonhap memetik pihak berkuasa Korea Selatan.
Ringkasan AI
- Pihak berkuasa Korea Selatan akan meletupkan dua menara dandang bersebelahan untuk memudahkan usaha mencari mangsa yang masih hilang selepas runtuhnya Menara No. 5 di loji janakuasa terma di bandar Ulsan.
- Kerja melemahkan struktur Menara No. 4 dan No. 6 dilakukan dengan memotong rangka keluli dan tiang sokongan, disusuli penempatan bahan letupan di lokasi untuk membolehkan penjelajahan dengan lebih selamat.
- Seramai tujuh pekerja terperangkap selepas runtuhan, tiga mayat ditemui manakala empat lagi hilang, termasuk dua yang dipercayai telah meninggal dunia.
Kerja melemahkan struktur kedua-dua menara itu telah disiapkan dengan memotong rangka keluli dan tiang sokongan di dalamnya, manakala bahan letupan ditempatkan di lokasi.
Menurut pegawai, kedua-dua menara itu perlu dirobohkan menjauhi sisa runtuhan Menara No. 5 bagi membolehkan kerja mencari dijalankan dengan lebih selamat dan berkesan.
Pihak bomba memaklumkan seramai 70 anggota melibatkan lapan pasukan akan dihantar ke kawasan runtuhan selepas kerja letupan selesai dijalankan.
Seramai tujuh pekerja dilaporkan terperangkap di loji milik cawangan Ulsan syarikat utiliti milik kerajaan, Korea East-West Power Co.
Setakat ini, tiga mayat ditemukan manakala empat lagi masih hilang, termasuk dua dipercayai telah meninggal dunia.
Menara yang runtuh setinggi 60 meter itu dalam proses perobohan selepas digunakan selama 40 tahun sehingga 2021.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


