DUNIA
Dua parti ultra-ortodoks tinggalkan kerajaan, Netanyahu hilang majoriti parlimen
Netanyahu duduk di dalam Knesset, parlimen Israel, bersebelahan dengan Menteri Pertahanan Israel Katz dan Menteri Keselamatan Negara Itamar Ben-Gvir. - Foto REUTERS
JERUSALEM: Dua parti ultra-Ortodoks utama Israel, Shas dan United Torah Judaism (UTJ), mengumumkan penarikan diri daripada kerajaan pimpinan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, sekali gus menggugat kestabilan politik negara itu.
Ringkasan AI
Langkah dramatik ini diambil susulan kegagalan kerajaan untuk menjamin pengecualian wajib tentera kepada pelajar agama Yahudi, satu isu yang telah mencetuskan perdebatan hangat di Israel, terutamanya selepas lebih 21 bulan konflik berterusan dengan Hamas di Gaza.
Dalam kenyataan rasmi, Shas menyatakan bahawa mereka “dengan hati yang berat” tidak lagi dapat terus berada dalam kabinet. UTJ pula telah menyerahkan surat peletakan jawatan ahli parlimennya, menjadikan jumlah kerusi gabungan Netanyahu berkurang kepada 50 daripada 120 kerusi di Knesset,
Walaupun kedua-dua parti menyatakan tidak berniat untuk menjatuhkan kerajaan secara langsung, penarikan diri mereka menjadikan Netanyahu kini memimpin kerajaan minoriti. Namun, dengan parlimen dijadualkan bercuti selama tiga bulan bermula 27 Julai, beliau mempunyai ruang masa untuk merundingkan semula sokongan politik.
Isu pengecualian wajib tentera bagi pelajar seminari agama telah lama menjadi tuntutan utama parti-parti ultra-Ortodoks. Namun, keputusan Mahkamah Agung Israel baru-baru ini yang mengarahkan pelaksanaan wajib tentera kepada golongan tersebut telah meningkatkan tekanan terhadap kerajaan.
Krisis ini dijangka memberi kesan besar terhadap hala tuju politik Israel, terutama dalam usaha Netanyahu mengekalkan kestabilan pentadbiran di tengah-tengah konflik dan tekanan dalaman
Dapatkan berita terkini di sini
Ringkasan AI
- Parti Shas dan United Torah Judaism menarik diri daripada kerajaan Netanyahu kerana isu pengecualian tentera untuk pelajar agama Yahudi, mengurangkan sokongan parlimen kepada 50 kerusi.
- Penarikan diri berlaku di tengah konflik panjang dengan Hamas serta tekanan susulan keputusan Mahkamah Agung Israel yang menolak pengecualian tentera.
- Netanyahu kini memimpin kerajaan minoriti dan berpeluang merundingkan semula sokongan sebelum parlimen mula cuti tiga bulan, dalam usaha mengekalkan kestabilan politik.