DUNIA
Dua pesawat Tentera Laut AS terhempas di Laut China Selatan, lima kru berjaya diselamatkan
Dua pesawat milik Tentera Laut AS, helikopter MH-60R Sea Hawk dan jet pejuang F/A-18F Super Hornet (foto), terhempas dalam dua insiden berasingan di Laut China Selatan pada Ahad. -Gambar hiasan/Adobe Stock Photo
WASHINGTON: Dua pesawat milik Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) dilapor terhempas dalam dua insiden berasingan di perairan Laut China Selatan pada Ahad, menurut kenyataan Armada Pasifik AS.
Ringkasan AI
Insiden pertama berlaku sekitar jam 2.45 petang waktu tempatan apabila helikopter MH-60R Sea Hawk yang berpangkalan di atas kapal pengangkut pesawat USS Nimitz mengalami kegagalan teknikal semasa menjalankan operasi rutin.
Ketiga-tiga anak kapal berjaya diselamatkan oleh pasukan mencari dan menyelamat serta berada dalam keadaan stabil, lapor AFP.
Kira-kira 30 minit kemudian, sebuah jet pejuang F/A-18F Super Hornet yang turut beroperasi dari USS Nimitz turut terhempas di kawasan sama.
Dua juruterbang berjaya keluar menggunakan kerusi anjal dan diselamatkan tidak lama selepas itu.
Tiada kematian dilaporkan dalam kedua-dua insiden. Tentera Laut AS telah melancarkan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti punca kejadian.
Kedua-dua pesawat terlibat merupakan sebahagian daripada skuadron udara yang ditugaskan dalam misi rondaan dan latihan di rantau Indo-Pasifik.
Insiden ini berlaku ketika ketegangan geopolitik di Laut China Selatan terus menjadi perhatian antarabangsa, dengan kehadiran ketenteraan pelbagai negara termasuk AS, China dan negara-negara ASEAN.
Ringkasan AI
- Dua pesawat milik Tentera Laut AS, helikopter MH-60R Sea Hawk dan jet pejuang F/A-18F Super Hornet, terhempas dalam dua insiden berasingan di Laut China Selatan pada Ahad, namun semua kru berjaya diselamatkan.
- Kedua-dua pesawat beroperasi dari kapal pengangkut USS Nimitz dan terlibat dalam misi rondaan serta latihan di rantau Indo-Pasifik ketika insiden berlaku.
- Tiada kematian dilaporkan dan siasatan menyeluruh sedang dijalankan oleh Tentera Laut AS, dengan insiden berlaku ketika ketegangan geopolitik di Laut China Selatan terus menjadi perhatian antarabangsa.