awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua polis Belgium cedera serangan bersenjatakan parang

Agensi
Agensi
07/08/2016
08:11 MYT
Dua polis Belgium cedera serangan bersenjatakan parang
Polis berkawal di sekitar sebuah bangunan polis di bandar Charleroi, selatan Belgium, susulan serangan bersenjatakan parang pada 6 Ogos 2016. - Foto AFP
Seorang lelaki bersenjatakan parang menjerit "Allahu akbar" dan mencederakan dua anggota polis di selatan Belgium pada Sabtu sebelum dia ditembak mati, dalam satu kejadian yang kelihatan seperti rentetan serangan jihad terbaru di Eropah.
Serangan di luar balai polis utama di bandar Charleroi itu, kira-kira 60 kilometer selatan Brussels, mengakibatkan salah seorang daripada anggota polis wanita itu mengalami "luka yang dalam di muka" manakala seorang lagi cedera ringan, kata agensi berita Belga.
Pihak polis berkata, penyerang itu ditembak mati manakala kedua-dua mangsa kemudiannya dalam keadaan stabil.
Penyerang itu "masih belum dikenal pasti," kata Perdana Menteri Charles Michel kepada stesen RTL-TVI.
"Tetapi ia sekali lagi kelihatan seperti satu serangan dengan konotasi pengganas."
Belgium dalam keadaan berjaga-jaga sejak pengebom bunuh diri menyerang lapangan terbang Brussels dan stesen kereta api bawah tanah berdekatan dengan institusi Kesatuan Eropah pada 22 Mac, membunuh 32 orang.
Serangan itu didakwa dilakukan oleh kumpulan militan Negara Islam (IS), yang mengawal sebahagian besar wilayah di Iraq dan Syria dan mengaku melakukan banyak serangan pengganas di Eropah tahun lalu.
Topic Berkaitan
#Belgium
#senjata parang
#serangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan