Dua rakyat Malaysia bersama lima warga China didakwa Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat kerana menjalankan operasi penggodaman global terhadap ratusan syarikat dan organisasi di seluruh dunia.
Menurut dokumen mahkamah, dua suspek itu yang merupakan ahli perniagaan ditahan di Malaysia pada Isnin dan DoJ telah memohon proses ekstradisi, sementara tertuduh warga China masih bebas.
Memetik laporan New York Times, maklumat yang dicuri digunakan untuk tujuan memeras ugut serta dijual di pasaran gelap.
Kedua rakyat Malaysia dipercayai bekerjasama dengan lima penggodam itu untuk mencuri dan menyeleweng wang menerusi industri permainan video.
Antara taktik termasuk mencuri barang dalam permainan video (in-game) menerusi penggodaman yang kemudian dijual menerusi pasaran gelap.
“Dua tertuduh warga China bersama dua warga Malaysia dituduh menjual hasil godaman mereka di pasaran gelap menerusi laman web haram,” kata Timbalan Peguam Negara Jeffrey A. Rosen dalam sidang media pada Rabu.
Sementara tiga penggodam warga China lain menyasarkan pemaju aplikasi dan syarikat media sosial.
"Kerajaan China telah membenarkan rakyatnya melakukan pencerobohan dan serangan di serata dunia kerana mereka juga akan bantu Republik Rakyat China.”
NYTimes melaporkan penggodam, Zhang Haoran, Tan Dailin, Jiang Lizhi, Qian Chuan dan Fu Qiang menyasarkan syarikat teknologi dan media sosial, universiti, agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan, menurut pendakwaan.
Aktiviti jenayah siber itu dikesan menggunakan nama kumpulan Advanced Persistent Threat 41, Barium, Winnti, Wicked Panda dan Panda Spider.
Syarikat teknologi mega termasuk Verizon, Microsoft, Facebook dan Alphabet turut membantu kerajaan dalam siasatan kes tersebut.
Agensi
Wed Sep 16 2020

Dua rakyat Malaysia didakwa Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat kerana menjalankan operasi penggodaman global terhadap ratusan syarikat dan organisasi seluruh dunia. Gambar fail.

Konsep 'Malaysia Madani' bukan retorik atau slogan semata-mata - Wan Azizah
Konsep 'Malaysia Madani' yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan retorik atau slogan semata-mata, kata isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Jangan susahkan rakyat ketika berkuasa - Anwar
Anwar mengingatkan pemimpin supaya menggunakan kuasa yang ada untuk kepentingan rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum.

Lawatan Rasmi | Projek RTS antara yang akan dibincangkan bersama Singapura – Zambry
Projek Sistem Transit Rapid (RTS) yang akan menghubungkan Johor ke Singapura akan menjadi antara topik perbincangan sempena lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Singapura pada Isnin.

Pemilihan UMNO | Bermula Rabu di semua cawangan dan bahagian
Pemilihan UMNO bermula Rabu depan, tetap dilaksanakan di semua cawangan dan bahagian, walaupun ada bahagian yang digantung.

Pukul Isteri | Suspek direman empat hari, positif methamphetamine
Lelaki yang memukul isterinya dalam video tular sejak dua hari lalu direman empat hari bermula hari ini hingga 1 Februari bagi membantu siasatan. Suspek 35 tahun yang juga suami kepada mangsa ditahan polis sekitar jam 2.30 petang Jumaat.

Air Laut Pasang | Kampung tepi pantai diancam hakisan
Air laut pasang dan angin kuat menyebabkan beberapa rumah penduduk di Kampung Pantai Damak, Bachok dimasuki air laut.

Hujan berterusan diramal landa pantai timur, selatan tanah air, Sabah hingga Isnin
Hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka melanda Tumpat, Pasir Mas, KB, Bachok dan Pasir Puteh di Kelantan serta seluruh kawasan di Terengganu.

Tiada keperluan doktor khas iringi Azizulhasni - PKBM
Datuk Amarjit Singh berkata, pegawai perubatan dari Institut Sukan Negara sudah mencukupi untuk memantau rapi Azizulhasni.

Pantau Kerajaan Baharu: Lawatan rasmi PM ke Singapura 30 Januari
Pantau Kerajaan Baharu kali ini bersama Penganalisis Politik Prof Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed bagi membincangkan lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Singapura esok (30 Januari).

Belasungkawa | PM ucap takziah kepada keluarga mendiang Gopal Sri Ram
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang bekas Ketua Hakim Negara, Datuk Seri Sri Ram Gopal yang meninggal dunia pada Ahad. Anwar dalam satu ciapan di Twitter berharap agar urusan keluarga mendiang dipermudahkan dan mereka diberikan kecekalan berdepan saat ini.

Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.2410/2475 berbanding dolar AS daripada 4.2450/2465 pada penutup Khamis.

Trump akan runding tamatkan konflik Ukraine dalam tempoh 24 jam
Donald Trump mendakwa konflik di Ukraine tidak akan berlaku sekiranya beliau masih memegang jawatan presiden.

Ribuan pengguna Facebook, Instagram, WhatsApp di AS alami gangguan
Beribu-ribu pengguna media sosial Meta Platforms di Amerika Syarikat (AS) mengalami gangguan pada Rabu, menurut laporan media.

Meta akan pulihkan semula akaun Facebook, Instagram Trump
Meta pada Rabu mengumumkan syarikat itu akan memulihkan akaun Facebook dan Instagram bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

AS mungkin hantar sehingga 50 kereta kebal Abrams ke Ukraine minggu ini
Amerika Syarikat (AS) mungkin menghantar sehingga 50 kereta kebal M1 Abrams ke Ukraine, dengan keputusan dijangka diumumkan pada Rabu.

Ringgit mengukuh berbanding dolar AS dalam dagangan awal
Pelabur dijangka terus berhati-hati berikutan kemungkinan peningkatan mendadak kes COVID-19 di China selepas perayaan Tahun Baharu Cina.

Biden gesa Kongres segera lulus larangan penggunaan senjata api
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden berkata Kongres mesti meluluskan undang-undang baharu mengenai larangan penggunaan senjata api berbahaya berikutan insiden tembakan baru-baru ini.

Ketua Staf Presiden AS dijangka letak jawatan
Ketua Staf Presiden Amerika Syarikat (AS) Ron Klain merancang untuk berundur, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa), memetik media tempatan.

Bapa ditahan selepas kamera keselamatan rakam anak kecil pegang pistol berisi peluru
Dia ditahan atas tuduhan pengabaian kanak-kanak di sebuah apartmen di Beech Grove.

Microsoft bakal berhentikan 11,000 kakitangan
Microsoft rancang kurangkan lima peratus tenaga kerjanya bermula dari bahagian sumber manusia hingga kejuruteraan.