Dua rakyat Malaysia parah dalam letupan di Danok, Thailand

Astro Awani
Disember 22, 2013 10:32 MYT
Dua rakyat Malaysia adalah antara 24 orang yang cedera dalam tiga kejadian letupan bom di Selatan Thailand, hari ini.
Kesemua mangsa yang cedera itu ialah mangsa letupan bom di Pekan Danok, berhampiran sempadan Thailand-Malaysia, Bukit Kayu Hitam, Kedah.
Ketua Polis Daerah Padang Besar Supritendan Che Man Md Dros ketika di hubungi berkata, butiran dua rakyat Malaysia tersebut masih belum dapat dikenalpasti.
Dua lagi kejadian letupan di Pekan Sadao dan Padang Besar dipercayai tidak melibatkan sebarang kecederaan.
Gabenor Songkhla, Girisada Boonrach berkata, kejadian letupan bom di Pekan Danok berlaku pada pukul 1.45 petang di hadapan sebuah hotel dipercayai berpunca dari sebuah kenderaan pacuan empat roda yang diletakkan di hadapan hotel terbabit.
Semetara itu, letupan di Pekan Sadao berlaku pada pukul 11 pagi manakala letupan di Padang Besar pada pukul satu tengahari.
Semua mangsa yang cedera di hantar ke hospital berdekatan.
#letupan bom di Danok #rakyat Malaysia #Thailand