DUNIA
Dua remaja Belanda ditemui mati di hotel Istanbul, bapa dirawat dalam keadaan trauma
Dua remaja lelaki warga Belanda berusia 15 dan 17 tahun ditemui mati di bilik hotel di Istanbul, manakala bapa mereka dimasukkan ke hospital dalam keadaan trauma. -Gambar hiasan
ISTANBUL: Dua remaja lelaki warga Belanda berusia 15 dan 17 tahun ditemui mati di sebuah bilik hotel di daerah Fatih, Turkiye, manakala bapa mereka dimasukkan ke hospital dalam keadaan trauma.
Ringkasan AI
Menurut laporan media dan pengesahan pihak berkuasa Belanda, ketiga-tiga mereka sedang bercuti di Turkiye dan dipercayai makan malam di sebuah restoran di kawasan pelancongan Taksim pada malam sebelum kejadian.
Bapa mangsa dalam kenyataan kepada polis bagaimanapun tidak makan bersama anak-anaknya ketika itu.
Keesokan paginya, selepas gagal mendapat respons daripada anak-anaknya, bapa mangsa telah meminta bantuan daripada kakitangan hotel.
Seorang pekerja hotel, Mehmet Kirdag, berkata dia mendengar jeritan meminta tolong dan mendapati kedua-dua remaja telah meninggal dunia — seorang di atas katil dan seorang lagi di lantai bilik.
Pasukan perubatan yang tiba di lokasi mengesahkan kematian kedua-dua remaja dan membawa bapa mangsa ke hospital dalam keadaan trauma.
Tiada tanda-tanda keganasan ditemukan, dan siasatan awal menjurus kepada kemungkinan keracunan makanan sebagai punca kematian.
Kementerian Luar Negeri Belanda sedang memberikan bantuan konsular kepada keluarga mangsa dan bekerjasama dengan pihak berkuasa Turki dalam siasatan kes ini.
Ringkasan AI
- Dua remaja lelaki warga Belanda berusia 15 dan 17 tahun ditemui mati di bilik hotel di Istanbul, manakala bapa mereka dimasukkan ke hospital dalam keadaan trauma.
- Tiada tanda keganasan ditemui; siasatan awal menjurus kepada kemungkinan keracunan makanan selepas mereka makan malam di kawasan Taksim.
- Pihak berkuasa Turki dan Belanda sedang menjalankan siasatan, manakala bantuan konsular diberikan kepada keluarga mangsa.