DUNIA
Dua tahun serangan genosid, angka korban di Gaza meningkat kepada 67,173 orang
Sekurang-kurangnya 67,173 orang terbunuh dalam serangan genosid Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt 2023 manakala 169,780 yang lain cedera, termasuk 20,179 kanak-kanak, 10,427 wanita, 4,813 warga emas dan 31,754 lelaki. - Gambar fail/REUTERS
GAZA: Sekurang-kurangnya 67,173 orang terbunuh dalam serangan genosid Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt 2023 manakala 169,780 yang lain cedera, termasuk 20,179 kanak-kanak, 10,427 wanita, 4,813 warga emas dan 31,754 lelaki, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA) memetik sumber perubatan.
Ringkasan AI
Sumber perubatan mendokumentasikan kesan malapetaka terhadap sistem kesihatan Gaza selepas dua tahun genosid yang berterusan.
Jumlah petugas perubatan yang syahid meningkat kepada 1,701 orang manakala 362 tahanan kini ditahan dalam keadaan kehilangan paksa dan penahanan yang dinafikan hak asasi mereka.
Daripada keseluruhan 38 hospital, 25 tidak lagi beroperasi manakala 13 lagi berfungsi sebahagiannya dalam keadaan amat mencabar. Sebanyak 103 daripada 157 pusat jagaan kesihatan utama telah musnah dan hanya 54 masih beroperasi secara separa.
Gangguan terhadap bekalan perubatan, halangan terhadap akses selamat rakyat Palestin ke hospital serta peningkatan jumlah kecederaan dan kematian telah memburukkan lagi kekurangan ubat-ubatan dan bekalan perubatan di jabatan-jabatan penting.
Rejim Israel turut menyekat bekalan produk perubatan dan kesihatan, menyebabkan 55 peratus ubat-ubatan, 66 peratus bekalan perubatan dan 68 peratus bekalan makmal kini kehabisan stok.
Kadar penghunian katil hospital meningkat kepada 225 peratus pada akhir September lalu berbanding 82 peratus bagi tempoh sama tahun sebelumnya.
Tindakan tentera Israel yang menyasarkan kemudahan kesihatan telah memusnahkan sistem elektrik dan elektromekanikal, selain memusnahkan 25 daripada 35 stesen penjana oksigen serta 61 daripada 110 penjana.
Tahap kebuluran di Semenanjung Gaza telah mencapai paras kritikal mengikut penilaian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dengan 460 kematian akibat kebuluran dan kekurangan zat makanan direkodkan, termasuk 154 kanak-kanak manakala 51,196 kanak-kanak di bawah umur lima tahun masih mengalami kekurangan zat makanan yang teruk.
Keadaan rakyat Palestin yang dipaksa bersesak-sesak di kawasan perhimpunan paksa yang secara palsu dilabel sebagai "kawasan kemanusiaan" memburukkan lagi keadaan kesihatan dan kemanusiaan mereka, dengan kekurangan keperluan asas hidup yang membawa kepada penularan penyakit, kekurangan sumber air bersih dan kekurangan makanan.
Penafian terhadap vaksinasi rutin dan kecemasan telah mengurangkan liputan vaksinasi kanak-kanak kepada 80 peratus.
Selain itu, fasa keempat vaksinasi pencegahan polio telah dihentikan, sekali gus mengancam kejayaan fasa-fasa sebelumnya berikutan peningkatan faktor penyebaran penyakit, manakala 4,900 kes amputasi dan kecacatan memerlukan peralatan sokongan serta program pemulihan jangka panjang.
Penutupan lintasan sempadan bagi pergerakan pesakit dan mangsa cedera telah menghalang 18,000 pesakit, termasuk 5,580 kanak-kanak daripada mendapatkan rawatan di luar negara.
Sehingga kini, petugas perubatan di Bandaraya Gaza terus menunaikan tanggungjawab kemanusiaan dan negara mereka walaupun berdepan bahaya yang mengancam keselamatan mereka dan mangsa yang cedera.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Ringkasan AI
- Serangan Israel di Gaza sejak 7 Okt 2023 mengorbankan lebih 67,000 orang dan mencederakan hampir 170,000, termasuk ribuan wanita dan kanak-kanak.
- Sistem kesihatan Gaza lumpuh 25 hospital musnah, bekalan ubat dan peralatan perubatan kehabisan stok, serta kadar kebuluran dan penyakit meningkat kritikal.
- Sekatan Israel menghalang rawatan perubatan dan vaksinasi, menyebabkan ribuan pesakit, termasuk kanak-kanak, gagal mendapat rawatan di luar Gaza.