DUNIA
'Dua tahun yang terlalu lama' - UNRWA gesa gencatan senjata segera di Gaza
UNRWA menggesa gencatan senjata segera di Gaza selepas dua tahun konflik yang menyebabkan kemusnahan besar dan krisis kemanusiaan berpanjangan. -Gambar fail/Reuters
ISTANBUL: Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) pada Selasa menggesa gencatan senjata segera dilaksanakan di Semenanjung Gaza selepas genap dua tahun konflik yang mengakibatkan kemusnahan meluas di wilayah itu, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Ringkasan AI
"Dua tahun perang di Gaza. Dua tahun yang terlalu lama," menurut agensi itu di platform X.
Agensi itu turut menekankan keperluan untuk membebaskan semua tawanan Israel dan tahanan Palestin serta menamatkan sekatan Israel bagi memastikan "aliran bantuan kemanusiaan dan bekalan komersial yang standard" di bawah mekanisme PBB.
"Sudah tiba masanya untuk gencatan senjata," katanya.
Sejak 7 Okt, 2023, tentera Israel telah membunuh lebih 67,100 rakyat Palestin di Gaza, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.
Serangan bom tanpa henti itu telah menjadikan wilayah berkenaan hampir tidak dapat didiami dan menyebabkan pemindahan paksa secara besar-besaran, kebuluran serta penularan penyakit.
Delegasi Israel dan Hamas memulakan rundingan tidak langsung di Sharm el-Sheikh, Mesir pada Isnin bagi membincangkan pelan 20 perkara oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang menggesa pembebasan tawanan Israel dalam tempoh 72 jam selepas mendapat kelulusan Israel, gencatan senjata dan pelucutan senjata Hamas.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- UNRWA menggesa gencatan senjata segera di Gaza selepas dua tahun konflik yang menyebabkan kemusnahan besar dan krisis kemanusiaan berpanjangan.
- Agensi itu menekankan keperluan pembebasan tawanan Israel dan tahanan Palestin serta penamatan sekatan bagi membolehkan bantuan kemanusiaan disalurkan secara berkesan.
- Rundingan tidak langsung antara Israel dan Hamas sedang berlangsung di Mesir, membincangkan pelan damai 20 perkara yang dipelopori oleh Presiden AS Donald Trump.