awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Mesir usahakan gencatan senjata 60 hari di Gaza
DUNIA
BBC tolak dokumentari Gaza, Channel 4 ambil alih siaran
MALAYSIA
ASB 3 Didik isytihar agihan pendapatan 5.25 sen seunit
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

Dua terbunuh, anggota bomba ditembak ketika usaha pemadaman kebakaran

Astro Awani
Astro Awani
30/06/2025
01:00 MYT
Dua terbunuh, anggota bomba ditembak ketika usaha pemadaman kebakaran
Terdapat kemungkinan lebih daripada seorang penembak terlibat, dipercayai menggunakan senjata berkuasa tinggi. - Foto X/@MAGAVoice
IDAHO: Dua individu disahkan maut selepas pasukan bomba diserang ketika bertindak balas terhadap kebakaran di kawasan pergunungan Canfield berhampiran Coeur d’Alene, Idaho, Amerika Syarikat (AS) pada Ahad.
Menurut Sheriff Daerah Kootenai, pihak polis kini sedang berdepan tembakan penembak hendap dalam situasi yang masih aktif dan berbahaya.
Insiden bermula sekitar jam 1.30 petang apabila pasukan bomba tiba untuk memadam kebakaran hutan.
Kira-kira 30 minit kemudian, tembakan dilepaskan ke arah mereka.
Gabenor Idaho, Brad Little, menyifatkan serangan itu sebagai “serangan kejam terhadap anggota bomba yang berani” dan menyeru rakyat Idaho untuk mendoakan keselamatan mereka.
Menurut Sheriff Robert Harris, terdapat kemungkinan lebih daripada seorang penembak terlibat, dipercayai menggunakan senjata berkuasa tinggi.
Beberapa anggota bomba turut cedera, namun jumlah sebenar mangsa belum disahkan.
Operasi menyelamat dan pemindahan penduduk sekitar kawasan Canfield Mountain sedang dijalankan, manakala orang awam diminta menjauhi kawasan tersebut.
Pihak berkuasa masih belum mengenal pasti suspek, dan memberi amaran bahawa situasi ini mungkin berlarutan selama beberapa hari jika penembak tidak berjaya ditahan.
Kawasan sekitar Trailhead Canfield dan Nettleton Gulch Road telah ditutup sepenuhnya.
Coeur d’Alene, sebuah bandar dengan kira-kira 55,000 penduduk berhampiran sempadan negeri Washington, kini berada dalam keadaan berjaga-jaga.
Topic Berkaitan
#anggota bomba
#kebakaran
#serangan hendap
#serangan kejam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami