DUNIA
Dua terbunuh dalam serangan AS ke atas bot dadah di Lautan Pasifik
Setakat ini, pihak berkuasa AS belum mendedahkan identiti mereka yang terbunuh atau kaitan mereka dengan mana-mana organisasi penyeludupan dadah. - Foto X/Secretary of War Pete Hegseth
WASHINGTON: Tentera Amerika Syarikat (AS) telah melancarkan serangan ke atas sebuah bot yang disyaki membawa dadah di perairan antarabangsa Lautan Pasifik, mengorbankan dua individu di atas kapal tersebut, menurut kenyataan Pentagon.
Ringkasan AI
Setiausaha Pertahanan AS, Pete Hegseth, berkata bot berkenaan telah dikenal pasti oleh risikan AS sebagai sebahagian daripada laluan penyeludupan dadah yang aktif.
Tiada anggota tentera AS yang cedera dalam operasi itu, yang merupakan serangan kelapan sejak 2 September terhadap bot disyaki membawa dadah, namun yang pertama di kawasan Pasifik.
Presiden Donald Trump mempertahankan tindakan tersebut sebagai sebahagian daripada operasi keselamatan negara dan menegaskan beliau mempunyai kuasa undang-undang untuk melancarkan serangan di perairan antarabangsa.
Bagaimanapun, beliau menyatakan akan mempertimbangkan untuk mendapatkan kelulusan Kongres sekiranya operasi diperluas ke daratan.
“Kami dibenarkan untuk melakukannya, dan jika kami perlu bertindak di darat, kami mungkin akan kembali kepada Kongres,” kata Trump kepada media di White House pada Rabu.
Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, turut menyokong tindakan itu dengan menyatakan bahawa “jika orang mahu bot dadah berhenti meletup, hentikan penghantaran dadah ke Amerika Syarikat.”
Rakaman video yang dikongsi menunjukkan sebuah bot laju berwarna biru sedang bergerak sebelum dihentam oleh peluru berpandu tentera AS.
Hegseth menyamakan kartel dadah dengan pengganas, menyatakan bahawa mereka “mengisytiharkan perang terhadap sempadan dan rakyat kita,” dan menegaskan bahawa “tiada tempat selamat atau pengampunan, hanya keadilan”.
Satu memo yang bocor kepada ahli Kongres AS menyatakan bahawa pentadbiran Trump menganggap dirinya kini terlibat dalam “konflik bersenjata bukan antarabangsa” dengan organisasi penyeludupan dadah.
Setakat ini, sekurang-kurangnya 34 individu telah terbunuh dalam siri serangan AS terhadap bot dadah, termasuk serangan ke atas kapal separa tenggelam di Caribbean baru-baru ini.
Dua lelaki yang terselamat dalam serangan minggu lalu telah dihantar pulang ke Colombia dan Ecuador.
Salah seorang daripadanya, Andrés Fernando Tufiño, dibebaskan oleh kerajaan Ecuador selepas tiada bukti kesalahan ditemui.
Ketegangan antara Washington dan Bogotá turut meningkat selepas Trump melabel Presiden Colombia, Gustavo Petro, sebagai “penjenayah dadah” dan mengancam tindakan keras terhadap negaranya.
Trump turut mengumumkan bahawa AS tidak lagi akan memberikan subsidi kepada Colombia, sekutu lama AS di Amerika Latin.
Menurut Agensi Penguatkuasaan Dadah AS (DEA), sebahagian besar kokain yang menuju ke bandar-bandar AS diseludup melalui laluan Pasifik, manakala rampasan dadah di Caribbean masih kecil tetapi semakin meningkat.
Setakat ini, pihak berkuasa AS belum mendedahkan identiti mereka yang terbunuh atau kaitan mereka dengan mana-mana organisasi penyeludupan dadah.
Lebih 10,000 anggota tentera AS serta puluhan pesawat dan kapal telah dikerahkan ke rantau Caribbean sebagai sebahagian daripada operasi ini.
Ringkasan AI
- Tentera AS menyerang bot disyaki membawa dadah di perairan antarabangsa Pasifik, mengorbankan dua individu; ini serangan kelapan sejak September.
- Trump pertahankan tindakan sebagai langkah keselamatan, sambil mengancam Colombia dan menolak subsidi kepada negara itu.
- Lebih 10,000 anggota tentera dikerah; DEA sahkan laluan Pasifik sebagai saluran utama kokain ke AS.