[LAPOR LANGSUNG] Inkues Zara Qairina – Kemas Kini Terkini & Fakta Penting – Ikuti Di Sini.
DUNIA

Dua terbunuh dalam serangan udara Israel di timur Lubnan

Astro Awani 18/09/2025 | 04:30 MYT
Dua individu terbunuh dalam serangan udara Israel yang menyasarkan sebuah kereta di Baalbek, timur Lubnan. -Gambar fail
BEIRUT: Dua individu dilaporkan terbunuh dalam serangan udara terbaharu yang dilancarkan pesawat Israel di timur Lubnan pada Rabu.


Ringkasan AI
  • Dua individu terbunuh dalam serangan udara Israel yang menyasarkan sebuah kereta di Baalbek, timur Lubnan.
  • Serangan itu melanggar perjanjian gencatan senjata Lubnan-Israel yang dimeterai pada November 2024.
  • Letupan kuat turut dilaporkan di Doha selepas Israel umum rancangan serang pemimpin Hamas, mencetuskan kecaman negara Arab.


Menurut Pusat Operasi Kecemasan Kementerian Kesihatan Lubnan, serangan itu menyasarkan sebuah kereta di bandar timur Baalbek dan meragut nyawa dua mangsa.

Bagaimanapun, pusat operasi berkenaan memaklumkan jumlah keseluruhan kematian masih belum dapat disahkan setakat ini.

Dalam pada itu, tentera Israel didapati terus melanggar undang-undang antarabangsa, termasuk perjanjian gencatan senjata antara Lubnan dan Israel yang dimeterai pada November 2024.

Perjanjian tersebut menetapkan pengunduran pasukan rejim Israel dari kampung serta bandar sempadan di selatan Lubnan dalam tempoh 60 hari.

Terdahulu, media antarabangsa melaporkan beberapa letupan kuat menggegarkan ibu negara Qatar, Doha, tidak lama selepas Israel mendedahkan rancangannya untuk menyasarkan pemimpin Hamas di negara berkenaan.

Insiden itu sekali gus mencetuskan kecaman keras daripada negara-negara Arab, termasuk jurucakap Kementerian Luar Qatar, Esmaeil Baqaei, yang menegaskan bahawa serangan tersebut merupakan pelanggaran jelas terhadap undang-undang antarabangsa dan ancaman serius kepada keselamatan rakyat serta penduduk di negara itu.








#Israel #Qatar #lubnan #Kekejaman zionis #Baalbek #serangan udara