Sabah Memilih: Senarai Calon Rasmi Diumum, Kempen Pilihan Raya Bermula – Ikuti Berita Terkini dari Setiap Lokasi!
DUNIA

Dua tren bertembung di Republik Czech, 42 cedera termasuk dua parah

Astro Awani 20/11/2025 | 09:41 MYT
Sekurang-kurangnya 42 orang cedera, termasuk dua parah, dalam kemalangan tren di Republik Czech. -Foto AP
PRAGUE: Sekurang-kurangnya 42 orang cedera, termasuk dua parah, selepas dua tren penumpang bertembung di selatan Republik Czech awal pagi Khamis, menurut pihak berkuasa tempatan.


Ringkasan AI
  • Sekurang-kurangnya 42 orang cedera, termasuk dua parah, dalam kemalangan tren di Republik Czech.
  • Mangsa-mangsa telah diberi rawatan serta dilaporkan semua penumpang berjaya dipindahkan dari tempat kejadian dengan selamat.
  • Laluan kereta api terbabit ditangguhkan sementara bagi siasatan dan kerja-kerja pembersihan dijalankan selepas kemalangan yang disiasat oleh pihak berkuasa tempatan.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Kemalangan berlaku pada jam 6.20 pagi waktu tempatan berhampiran bandar České Budějovice, kira-kira 150 kilometer di selatan ibu negara Prague, melibatkan sebuah tren ekspres dan tren penumpang tempatan yang sedang beroperasi di laluan antara Zliv dan Dívčice.

Jurucakap perkhidmatan kecemasan, Petra Kafkova, memaklumkan bahawa dua mangsa mengalami kecederaan serius dan telah dihantar ke hospital berdekatan, manakala kira-kira 40 lagi cedera ringan.

Semua penumpang berjaya dipindahkan dari lokasi kejadian.

“Operasi menyelamat dijalankan dengan pantas oleh pasukan kecemasan, dan semua mangsa kini sedang menerima rawatan,” katanya kepada agensi berita tempatan.

Laluan kereta api antara České Budějovice dan Plzeň digantung sementara bagi membolehkan siasatan dijalankan dan kerja-kerja pembersihan dilakukan.

Punca sebenar kemalangan masih disiasat oleh pihak berkuasa pengangkutan dan operator rel negara, Správa železnic.

Insiden ini merupakan antara kemalangan serius terkini melibatkan sistem pengangkutan rel di negara Eropah Tengah itu, yang sebelum ini telah melaksanakan pelbagai langkah keselamatan bagi meningkatkan kecekapan dan keselamatan operasi tren.





Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Berapakah jumlah orang yang cedera dalam kemalangan tren di Republik Czech yang disebut dalam artikel?
    A: Sekurang-kurangnya 42 orang cedera, termasuk dua parah.
  • Q: Di manakah lokasi kemalangan tren yang berlaku di Republik Czech?
    A: Kemalangan berlaku kira-kira 150 kilometer di selatan ibu negara Prague.
  • Q: Apakah tindakan yang diambil terhadap penumpang yang cedera dalam kemalangan tersebut?
    A: Dua mangsa yang mengalami kecederaan serius telah dihantar ke hospital, manakala kira-kira 40 lagi cedera ringan.



#kereta api bertembung #Republik Czech #tren ekspres #tren penumpang