Skip to main content

Dunia

Dua wartawan dilaporkan terbunuh di barat Gaza

81696906654_Palestinians.jpg
GAZA: Sekurang-kurangnya dua wartawan dilaporkan maut dalam serangan udara Israel ke atas sebuah bangunan kediaman di barat Gaza, lapor portal berita Al Jazeera.

Agensi berita Turki, Anadolu Agency telah mengenal pasti dua orang wartawan tersebut iaitu Saeed Al-Taweel dan Mohammad Sobh.

Sebelum ini, Jawatankuasa Melindungi Wartawan (CPJ) telah melaporkan pada awal petang Isnin bahawa tiga wartawan Palestin lain telah terbunuh sejak bermulanya keganasan sementara seorang lagi cedera dan dua lagi dilaporkan hilang sejak Sabtu. - Agensi


Advertisement

Must Watch Video