awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua wartawan Perancis dihantar pulang kerana tiada perakuan buat liputan gempa bumi Maghribi

Bernama
Bernama
22/09/2023
08:16 MYT
Dua wartawan Perancis dihantar pulang kerana tiada perakuan buat liputan gempa bumi Maghribi
Sekurang-kurangnya 2,946 terbunuh dan 5,674 lagi cedera dalam gempa bumi berukuran 6.8 skala Richter. - Gambar fail
RABAT (Magribi): Tidak kurang daripada 312 wartawan asing membuat liputan mengenai gempa bumi Al Haouz di Maghribi, bagaimanapun dua daripada mereka yang merupakan warga Perancis diusir kerana melanggar undang-undang.
Maghreb Arabe Presse (MAP) melaporkan demikian memetik kenyataan Menteri Perwakilan yang bertanggungjawab bagi Perhubungan dengan Parlimen, Mustapha Baitas, pada Khamis.
"Kedua-dua warga Perancis yang dihantar pulang, tidak memohon sebarang kebenaran untuk membuat laporan mengenai gempa bumi Al Haouz," kata Baitas pada taklimat akhbar di akhir majlis kerajaan, sambil menambah bahawa mereka telah memasuki Maghribi untuk tujuan pelancongan.
Beliau yang juga jurucakap kerajaan berkata, untuk itu, adalah perkara biasa bagi mereka untuk tertakluk kepada langkah pengusiran yang dibuat menggunakan peruntukan undang-undang berkaitan.
Baitas juga berkata terdapat tidak kurang daripada 312 wartawan asing, mewakili 90 media, terlibat membuat liputan mengenai gempa bumi yang bertugas secara bebas dan telus di semua wilayah yang terjejas.
"Daripada jumlah ini, 78 wartawan atau satu perempat, terdiri daripada warga Perancis yang mewakili 16 media, 13 daripadanya bertauliah untuk melaporkan gempa bumi dan tiga daripadanya mempunyai akreditasi tetap," katanya.
"Negara kita telah menunjukkan bahawa ia adalah sebuah negara yang telus dan bebas, yang memastikan semua wartawan menjalankan tugas mreka secara bebas sepenuhnya", katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gempa bumi Maghribi
#wartawan Perancis
#wartawan asing
#Mustapha Baitas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan