awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuci, jual semula lebihan makanan: Restoran diarah tutup 14 hari - JKNNS
Kerajaan Persekutuan, Sarawak setuju nilai RM1.8 bilion ambil alih Pelabuhan Bintulu
Jeti baharu tingkat pendapatan nelayan hingga 20 peratus di Kg Jilid 8
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dubai akan mempunyai perkhidmatan teksi terbang bermula 2025

Amanz
Amanz
18/02/2024
04:25 MYT
Dubai akan mempunyai perkhidmatan teksi terbang bermula 2025
Dubai akan terus menjadi bandar raya prototaip masa hadapan apabila seawal tahun depan, ia akan mula mempunyai perkhidmatan teksi terbangnya sendiri.. - Foto Amanz
IBU kota yang dikatakan berada di masa hadapan dahulunya adalah New York, kemudiannya Tokyo, Shenzen dan kini berpindah Dubai.
Dalam masa beberapa tahun lagi ia akan berpindah ke Neom.
Tetapi sebelum itu berlaku, Dubai akan terus menjadi bandar raya prototaip masa hadapan.
Seawal tahun depan, ia akan mula mempunyai perkhidmatan teksi terbangnya sendiri.
Joby Aviation menerima lesen untuk menawarkan perkhidmatan teksi terbang di Dubai bermula 2025 secara eksklusif selama enam tahun.
Teksi eVTOL Joby Aero boleh membawa empat penumpang dan seorang juruterbang.
Empat lapangan teksi terbang akan dibuka di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai (DXB), Palm Jumeirah, Dubai Marina, dan Dubai Downtown.
Perjalanan dari DXB menggunakan teksi terbang ke pusat bandar akan hanya mengambil masa 10 minit berbanding 45 minit menggunakan kereta.
Setiap satu teksi boleh terbang sehingga 250 km dengan kelajuan maksimum 322 kmj.
Joby dipilih walaupun Volocopter ialah syarikat pertama yang melakukan ujian penerbang di Dubai pada tahun 2017.
Selain Dubai, Joby juga akan menawarkan teksi terbang di Korea Selatan dengan persetujuan telah dilakukan dengan SK Telecom dua tahun yang lalu.
Bila perkhidmatan di Korea akan bermula masih belum diumumkan. - Amanz
Topic Berkaitan
#Dubai
#Teksi terbang
#Joby Aviation
#bandar raya prototaip masa hadapan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan