awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Duma Boko diisytihar Presiden ke-6 Botswana

Bernama
Bernama
01/11/2024
22:00 MYT
Duma Boko diisytihar Presiden ke-6 Botswana
Duma Boko diisytiharkan sebagai presiden keenam Botswana. - Foto REUTERS
GABORONE: Duma Boko, calon presiden daripada parti Payung Perubahan Demokratik (UDC), diisytiharkan sebagai presiden keenam Botswana pada Jumaat, lapor Xinhua.
Ketua Hakim Botswana Terence Rannowane membuat pengumuman itu dalam siaran televisyen nasional di Gaborone, ibu kota Botswana.
Menurut undang-undang pilihan raya negara Afrika selatan itu, pengundian itu akan menentukan 61 Ahli Parlimen dan 609 ahli majlis tempatan, dengan parti yang menguasai sekurang-kurangnya 31 kerusi parlimen akan diisytiharkan sebagai pemenang.
Walaupun pengiraan masih belum dimuktamadkan, UDC memperoleh 34 kerusi parlimen, manakala parti pemerintah, Parti Demokratik Botswana, mendapat empat kerusi.
Penyandang Presiden Mokgweetsi Masisi pada pagi Jumaat mengakui kekalahan pada pilihan raya selepas pengiraan awal menunjukkan Parti Demokratik Botswana kehilangan kuasanya, pada sidang akhbar di Gaborone.
"Rakyat Botswana, saya berdiri di hadapan anda pagi ini dengan rendah hati tetapi bangga. Pada penghujung penggal pertama saya sebagai presiden, saya ingin mengucapkan tahniah kepada pembangkang atas kemenangan mereka dan mengakui kekalahan. Saya akan mengundurkan diri dengan hormat," kata Masisi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Duma Boko
#presiden
#UDC
#pilihan raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan