Dumbo, si anak gajah, mati akibat dipaksa melakukan pertunjukan

Agensi
Mei 24, 2019 20:57 MYT
Anak gajah itu didapati tidak mempunyai nutrien yang cukup mengakibatkan badannya sangat lemah. - Foto Facebook/Moving Animals
SEEKOR anak gajah mati selepas mengalami kecederaan teruk dibahagian kaki belakangnya akibat gagal melakukan aksi dalam satu pertunjukan di Zoo Phuket, Thailand.
Anak gajah yang diberi nama Dumbo itu baru sahaja berusia dua tahun ketika dipaksa melakukan pelbagai aksi dan teknik yang sukar.
Di dalam satu video yang tular baru-baru ini, Dumbo dilihat membuat persembahan dengan aksi yang agak sukar seperti menendang bola sepak, memusingkan hula-hoops dan juga menyimbangkan tubuhnya di atas podium.
Malang sekali pada aksi terakhir Dumbo, dia gagal mengeluarkan kaki hadapannya daripada lumut membuatkan dia terpaksa meletakkan tekanan yang tinggi di bahagian kaki belakangnya sehingga mengakibatkan kaki tersebut patah dengan teruk.
Malangnya, Dumbo dibiarkan tanpa rawatan selama tiga hari namun tatkala keadaannya semakin teruk pihak zoo membawa anak gajah itu ke hospital veterinar.
Pihak hospital mendapati Dumbo terkena jangkitan sehingga mengakibatkan cirit-birit dan komplikasi kesihatan lain.
Seorang doktor haiwan yang membantu merawat Dumbo berkata badan gajah itu tidak mempunyai nutrien yang secukupnya mengakibatkan badannya menjadi sangat lemah, lapor Rawatan Etika Haiwan (PETA).
Satu kempen yang diusahakan pihak zoo iaitu Moving Animals, memaksa Dumbo itu melakukan aksi yang di luar kemampuannya kerana usia yang masih muda demi menghiburkan para pelancong.
#anak gajah mati #dipaksa lakukan aksi #Dumbo #kaki belakang patah #mati #mengalami kecederaan teruk #pelancong #pertunjukan di zoo #Thailand #Zoo Phuket