Ratusan bangkai ikan dan belut ditemui di sekeliling pantai Laguna Bushells yang terletak di bahagian barat laut Sydney, Australia pada Ahad.
Jurucakap Rangkaian Alam Sekitar Hawkesbury (HEN), Richie Benson selaku organisasi pemantau laguna itu berkata anggotanya terkejut melihat penemuan itu yang tidak pernah berlaku, lapor ABC Online.
Malah kebimbangan ini timbul selepas oerginisasi itu menerima banyak laporan berkaitan kematian puluhan burung pelikan ditambah pula dengan kematian kura-kura dan belut di beberapa laguna berdekatan.
“Pada Ahad, saya keluar bagi memantau Lugana Bushells dan kelihatan ikan dan belut mati di laguna itu.
“Sepanjang hidup saya, ini kali pertama saya melihat fenomena sebegini terjadi.
“Baunya sangat busuk dan ia boleh menyebabkan air di laguna itu beracun terutama selepas beberapa hari kematian haiwan itu,” ujar Richie.
Sehubungan itu, HEN merancang untuk melaksanakan pengurusan air bagi memelihara nilai estetika laguna itu.
Bagaimana pun, Richie menjangkakan kematian haiwan-haiwan tersebut berpunca daripada pertembungan suhu panas dan paras air yang sangat cetek.
“Saya jangkakan kejadian berlaku disebabkan kombinasi suhu cuaca yang begitu panas dan paras air yang sangat cetek di laguna tersebut berkurangan.
“Apabila keadaan itu berlaku, belut melompat keluar dari air tersebut untuk mencari oksigen malangnya mati kekeringan,” jelas Richie.
Selain itu, Richie ada menyukat suhu cuaca di laguna Bulshells minggu lalu iaitu 37C.
Bagaimana pun, pihak bertanggungjawab yang berkaitan dengan laguna diminta mengambil tindakan sewajarnya dan mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan.
Agensi
Thu Feb 15 2018
Ratusan ikan mati dijumpai di sekeliling Laguna Bulshells di bahagian barat laut Sydney, Australia. - Foto Facebook/Richie Benson
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Belut sawah, rezeki musim tengkujuh
Ketibaan musim tengkujuh beri limpahan rezeki buat pencari belut sawah apabila mereka mampu meraih pendapatan sehingga RM400 sehari.
Lama kesepian, akuarium di Tokyo minta orang ramai berinteraksi dengan belut guna FaceTime
Akuarium Sumida di Tokyo, memohon orang ramai agar berinteraksi dengan belut menerusi panggilan video FaceTime.
Dunia dah panas: Bangkai ikan dan belut ditemukan tersadai
Ratusan ikan dijumpai mati di sekeliling Laguna Bushells yang terletak di bahagian barat laut Sydney, Australia.