DUNIA
Dunia luahkan kemarahan atas pembunuhan wartawan Gaza
Orang ramai menghadiri pengebumian wartawan Al Jazeera - Anas Al Sharif, Mohammed Qreiqeh, Ibrahim Zaher, Mohammed Noufal dan seorang lagi rakan sekerja - yang terkorban dalam serangan udara Israel di Bandaraya Gaza. - Foto REUTERS
KECAMAN antarabangsa memuncak pada Isnin terhadap pembunuhan wartawan di Gaza selepas serangan udara Israel mengenai sebuah khemah yang menempatkan petugas media berhampiran Hospital Al-Shifa di Bandar Gaza.
Agensi berita antarabangsa melaporkan serangan itu mengorbankan enam wartawan, termasuk koresponden Al Jazeera, Anas al-Sharif dan Mohamed Qraiqea, serta mencederakan beberapa yang lain.
Perdana Menteri Britain, Keir Starmer "amat bimbang" mengenai insiden berulang yang menyasarkan wartawan di Gaza, kata jurucakapnya seperti dilaporkan Reuters, susulan kejadian yang meragut nyawa ramai pengamal media.
Pejabat Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengecam pembunuhan itu, menyifatkannya sebagai "pelanggaran serius" undang-undang kemanusiaan antarabangsa, menurut Anadolu Ajansi (AA).
"Kami mengecam pembunuhan enam wartawan Palestin oleh tentera Israel dengan menyasarkan khemah mereka, dalam pelanggaran serius undang-undang kemanusiaan antarabangsa. Israel mesti menghormati dan melindungi semua orang awam, termasuk wartawan," kata pejabat itu di X.
AA melaporkan, wartawan-wartawan itu terbunuh apabila tentera Israel menyerang khemah berdekatan Hospital Al-Shifa di barat Bandar Gaza.
Agensi itu menambah bahawa sekurang-kurangnya 242 wartawan Palestin telah terbunuh di Gaza sejak 7 Okt 2023, dan menggesa akses segera, selamat dan tanpa halangan ke Gaza untuk semua wartawan.
Kesatuan Penyiaran Negara Arab (ASBU) turut mengecam keras serangan itu, menyifatkannya sebagai sebahagian daripada tindakan sistematik Israel menyasarkan wartawan Palestin di Gaza dan seluruh wilayah pendudukan, lapor WAFA.
ASBU menggesa organisasi media, akhbar dan hak asasi manusia mengecam pembunuhan itu, serta memuji keberanian wartawan Gaza yang terus bekerja walaupun berdepan risiko.
Naib Presiden Palestin merangkap Timbalan Pengerusi PLO, Hussein al-Sheikh juga mengecam serangan terhadap kru media, menyifatkannya sebagai jenayah perang dan pelanggaran terang-terangan undang-undang kemanusiaan antarabangsa, menurut WAFA.
Beliau menggesa masyarakat antarabangsa dan badan-badan yang memperjuangkan kebebasan media mengambil tindakan segera untuk memastikan Israel dipertanggungjawabkan.
Pesuruhjaya Kesatuan Eropah (EU) bagi Kesiapsiagaan, Pengurusan Krisis dan Kesaksamaan, Hadja Lahbib berkata, beliau "terkejut" dengan pembunuhan wartawan Al Jazeera di Gaza, lapor RIA Novosti.
"Terkejut mendengar pembunuhan wartawan Al Jazeera di Gaza, termasuk wartawan Anas Al-Sharif. Serangan langsung terhadap kebebasan media. Sejak Oktober 2023, sekurang-kurangnya 186 wartawan telah terbunuh. Orang awam mesti dilindungi, akses dijamin dan media dipelihara. Sentiasa," tulisnya di X.
Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) turut mengecam serangan itu, menyifatkannya sebagai serangan yang disasarkan oleh tentera Israel terhadap khemah yang menempatkan Anas al-Sharif dan petugas media lain, lapor RIA Novosti.
"Kami mengecam keras pembunuhan wartawan Al Jazeera Anas al-Sharif oleh tentera Israel dalam serangan yang disasarkan terhadap khemah yang menempatkannya berhampiran Hospital Al-Shifa di Gaza, yang turut membunuh lima lagi petugas media dan mencederakan tiga yang lain," kata RSF di media sosial.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini