awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dunia masih belum bersedia untuk pandemik seterusnya - Badan pemantau

Bernama
Bernama
30/10/2023
10:27 MYT
Dunia masih belum bersedia untuk pandemik seterusnya - Badan pemantau
Lembaga Pemantauan Kesiapsiagaan Global (GPMB) memberi amaran keupayaan dunia untuk menangani ancaman pandemik baharu masih tidak mencukupi. - Gambar hiasan/AP
GENEVA: Dunia masih belum bersedia untuk menghadapi krisis kesihatan atau pandemik baharu yang mungkin berlaku, lapor Agensi Berita Jerman dpa memetik analisis kesiapsiagaan global yang diterbitkan pada Isnin.
Lembaga Pemantauan Kesiapsiagaan Global (GPMB) dalam laporan mereka memberi amaran keupayaan dunia untuk menangani ancaman pandemik baharu masih tidak mencukupi.
Menurut laporan itu, beberapa negara telah mengurangkan persediaan mereka untuk bertindak balas terhadap pandemik COVID-19 manakala terdapat sedikit kemajuan di negara-negara lain.
Organisasi itu membuat beberapa cadangan untuk meningkatkan kesiapsiagaan krisis di seluruh dunia antaranya dengan memperkukuh pemantauan untuk mengesan penyakit baharu pada peringkat awal.
Pengumpulan data dan keupayaan analisis juga perlu diperbaiki.
Selain itu, negara-negara miskin juga memerlukan sokongan kewangan dan penangguhan hutang untuk dapat menyediakan sumber.
Dana yang dirancang sebanyak US$10 bilion untuk pencegahan dan kesiapsiagaan wabak mesti dibiayai dengan segera.
Penyelidikan dan pembangunan ubat-ubat baharu tidak seharusnya tertumpu di beberapa negara, seperti yang berlaku semasa pandemik COVID-19. Masyarakat sivil perlu terlibat dengan lebih baik dalam semua persiapan.
Pengerusi bersama organisasi itu yang juga bekas presiden Croatia Kolinda Grabar-Kitarovic berkata kurangnya kepercayaan antara negara dan antara rakyat serta pihak berkuasa menjadikan kesiapsiagaan wabak yang baik sukar diwujudkan.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Bank Dunia menubuhkan GPMB pada 2018 sebagai tindak balas terhadap wabak Ebola di Afrika Barat.
Badan pemantau itu bertujuan untuk menganalisis persediaan di seluruh dunia dan membuat cadangan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pandemik
#WHO
#krisis kesihatan
#Lembaga Pemantauan Kesiapsiagaan Global
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan