DUNIA
Dunia tidak boleh diugut dengan “kuasa untuk memusnahkannya” - Presiden Colombia
Presiden Petro menegaskan, kuasa global hanya boleh dibentuk berdasarkan "penyelamatan kehidupan" dan pengembangannya. - Gambar fail Reuters
WASHINGTON: Dunia tidak boleh diugut dengan "kuasa untuk memusnahkannya," kata Presiden Colombia, Gustavo Petro pada Isnin ketika mengulas kenyataan terbaharu Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengenai senjata nuklear.
Sputnik/RIA Novosti melaporkan minggu lepas, Trump menerusi hantaran di Truth Social berkata, beliau telah mengarahkan dua kapal selam nuklear dihantar ke "kawasan yang sesuai" sebagai tindak balas terhadap kenyataan terkini Timbalan Pengerusi Majlis Keselamatan Rusia, Dmitry Medvedev.
Presiden AS itu kemudian menyatakan, kapal selam berkenaan kini "lebih hampir dengan Rusia" dan langkah itu bertujuan meningkatkan tahap kesiapsiagaan susulan kenyataan Medvedev berkaitan isu nuklear.
Trump turut menegaskan, apabila timbul ancaman nuklear, Washington berada dalam keadaan "benar-benar bersedia."
"Umat manusia tidak boleh diugut dengan kuasa untuk memusnahkannya," kata Petro menerusi platform X.
"Dunia tidak seharusnya ditadbir berdasarkan kuasa pemusnahan hidup secara menyeluruh."
Presiden Colombia itu turut menegaskan, kuasa global hanya boleh dibentuk berdasarkan "penyelamatan kehidupan" dan pengembangannya.
-- BERNAMA