awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Duta Besar Sazali lawat rakyat Malaysia di TAI selepas serangan pengganas

Bernama
Bernama
24/10/2024
21:45 MYT
Duta Besar Sazali lawat rakyat Malaysia di TAI selepas serangan pengganas
Sazali (bertali leher) melawat rakyat Malaysia yang menetap di ibu pejabat TAI di Kahramankazan, 40 kilometer utara Ankara. - Foto Kedutaan Malaysia di Ankara
KUALA LUMPUR: Duta Besar Malaysia ke Turkiye, Sazali Mustafa Kamal pada Khamis melawat rakyat Malaysia yang menetap di ibu pejabat Turkish Aerospace Industries (TAI) di Kahramankazan, terletak 40 kilometer di utara Ankara, berikutan serangan pengganas pada Rabu.
"Duta Besar Sazali turut mengambil kesempatan melawat rakyat Malaysia yang bekerja, menjalani latihan dan menetap di TUSAS (Turkish Aerospace Industries). Kesemua 30 rakyat Malaysia selamat," menurut Kedutaan Malaysia di Ankara, Turkiye yang disiarkan di platform X.
Sazali turut mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TAI, Mehmet Demiroglu, di ibu pejabat TAI di Ankara.
Beliau turut merakamkan ucapan takziah kepada mangsa serangan pengganas dan mendoakan mereka yang cedera cepat sembuh.
Terdahulu, Kementerian Luar Malaysia mengesahkan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam kejadian itu.
Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh dan 22 cedera dalam serangan pengganas pada Rabu di ibu pejabat TAI di Ankara, lapor Agensi Anadolu.
Menteri Dalam Negeri Turkiye pada Khamis mengesahkan proses pengecaman pengganas yang dibunuh dalam serangan di TAI, selesai.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Turkish Aerospace Industries
#serangan pengganas
#rakyat Malaysia selamat
#Duta Besar Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan