awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM mahu seni bela diri silat terus diperkasa
[TERKINI] BN pertahan kerusi Parlimen Kinabatangan, Naim Moktar menang dengan majoriti besar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Duta Khas baharu ke Afghanistan mulakan lawatan ke Eropah, Asia

Bernama
Bernama
08/11/2021
07:17 MYT
Duta Khas baharu ke Afghanistan mulakan lawatan ke Eropah, Asia
Blinken (kanan) berbincang dengan Thomas West dalam satu pertemuan sebelum lantikan baharu itu memulakan kunjungannya ke Eropah dan Asia. - Twitter Secretary Antony Blinken
WASHINGTON: Duta Khas Amerika Syarikat (AS) ke Afghanistan yang baharu dilantik Thomas West memulakan kunjungannya ke Eropah dan Asia hari ini, lapor Sputnik.
"Saya akan mengunjungi Eropah dan Asia mulai hari ini untuk membincangkan hala tuju Afghanistan dengan sekutu dan rakan kongsi. Masyarakat antarabangsa mesti bertindak bersama-sama untuk memastikan usaha-usaha yang diambil berkesan," kata West dalam ciapan Twitter pada Ahad.
Setiausaha Negara AS Antony Blinken menyebut di Twitter bahawa kunjungan pertama West adalah ke Brussels untuk berunding dengan sekutu dan rakan-rakan kongsi.
Blinken pada pertengahan Oktober mengumumkan Zalmay Khalilzad membuat keputusan untuk meletak jawatan sebagai Duta Khas AS ke Afghanistan dan akan digantikan oleh timbalannya, Thomas West.
Khalilzad berkata beliau menganggap ia adalah masa yang tepat untuk melepaskan jawatan itu sejak Washington memulakan fasa baharu dalam dasarnya terhadap Kabul.
Pergerakan Taliban bulan lalu mengatakan ia berharap untuk meneruskan kerjasama dengan duta khas AS ke Afghanistan yang baharu dan menantikan pelaksanaan penuh perjanjian Doha.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Duta Khas
#Afghanistan
#thomas west
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan