DUNIA
Duta AS kritik perancangan Perancis mengenai negara Palestin
Huckabee (foto) mengkritik keras usaha Perancis untuk mengiktiraf negara Palestin, menyindir agar Paris menyerahkan sebahagian French daripada Riviera bagi tujuan itu. -Reuters
BAITULMUQADDIS: Duta Amerika Syarikat ke Israel, Mike Huckabee mengkritik usaha Perancis untuk mengiktiraf negara Palestin, dengan mencadangkan agar Paris "menyerahkan sebahagian daripada French Riviera" bagi tujuan tersebut.
Ringkasan AI
Dalam wawancara dengan Fox News, Huckabee menyifatkan inisiatif Perancis di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai "amat tidak sesuai" ketika Israel masih berada dalam konflik bersenjata.
"Jika Perancis begitu bertekad mahu melihat sebuah negara Palestin, saya ada cadangan untuk mereka – serahkan sebahagian daripada French Riviera dan wujudkan negara Palestin.
"Mereka bebas untuk melakukan itu, tetapi mereka tidak berhak mengenakan tekanan seperti itu ke atas sebuah negara berdaulat.
"Serangan 7 Oktober telah mengubah banyak perkara," katanya, merujuk kepada serangan Hamas ke atas Israel pada tahun 2023 yang mencetuskan perang di Gaza.
Perancis kini menjadi pengerusi bersama dengan Arab Saudi dalam satu persidangan antarabangsa di PBB bulan ini, bertujuan menghidupkan semula idea penyelesaian dua negara.
Paris juga menyatakan kesediaan untuk mengiktiraf negara Palestin secara unilateral sebelum akhir tahun ini.
Kenyataan Huckabee mencetuskan reaksi daripada pemimpin Perancis, dengan Presiden Emmanuel Macron sebelum ini menyeru negara-negara Eropah agar memperketatkan pendirian terhadap Israel jika situasi kemanusiaan di Gaza tidak berubah.
Israel pula menuduh Macron sedang menjalankan "perang salib terhadap negara Yahudi" selepas beliau menggesa tindakan lebih tegas terhadap Tel Aviv.
Israel baru-baru ini mengumumkan pembinaan 22 penempatan baharu di Tebing Barat, yang sering dikritik oleh PBB sebagai melanggar undang-undang antarabangsa dan menjadi penghalang utama kepada penyelesaian dua negara.
Sementara itu, Huckabee menegaskan bahawa Amerika Syarikat tidak akan menyertai persidangan yang dianjurkan oleh Perancis dan Arab Saudi di PBB bulan ini, dengan menyatakan bahawa tekanan terhadap Israel dalam situasi semasa adalah tidak wajar.
Ringkasan AI
- Duta AS ke Israel, Mike Huckabee mengkritik keras usaha Perancis untuk mengiktiraf negara Palestin, menyindir agar Perancis menyerahkan sebahagian French Riviera jika benar-benar serius, dan menyifatkan langkah itu tidak sesuai ketika Israel masih berperang.
- Perancis, bersama Arab Saudi, menganjurkan persidangan PBB untuk menghidupkan semula penyelesaian dua negara dan menyatakan kesediaan mengiktiraf Palestin secara unilateral, yang mencetuskan ketegangan diplomatik dengan Israel.
- Amerika Syarikat menolak untuk menyertai persidangan tersebut, manakala Israel terus dikritik antarabangsa berikutan pembinaan penempatan baharu di Tebing Barat dan situasi kemanusiaan di Gaza yang semakin meruncing.