[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
INTERNATIONAL

Duta Mexico ke India pilih beca sebagai kenderaan rasmi

Syafique Shuib 07/04/2016 | 11:35 MYT
Beca automatik itu berwarna putih dan mempunyai bendera Mexico serta nombor plat diplomatik. -Gambar Twitter
DUTA Mexico ke India, Melba Pria mendapat perhatian rakyat di sana apabila memilih beca sebagai kenderaan rasmi.
Beca automatik itu berwarna putih yang turut mempunyai bendera Mexico dan nombor plat diplomatik.
“Perhatian yang diterima secara tidak langsung membuat ia cara yang seronok dan kreatif untuk mempromosikan Mexico.
"Ada yang risau tentang keselamatan tetapi jutaan warga India menggunakan beca seperti ini,” katanya dalam satu kenyataan, dipetik daripada portal Mashable.
Pria mempunyai seorang pemandu yang akan membawa beliau ke majlis dan mesyuarat rasmi.
Sejak menjadi duta ke India, Pria banyak mengetengahkan isu pencemaran udara.
Penggunaan beca ini merupakan antara langkah mengurangkan pencemaran udara jika beliau menggunakan kenderaan biasa.
Netizen di India turut memuji langkah yang diambil Pria.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#beca sebagai kenderaan rasmi #duta Mexico #kenderaan diplomatik #Melba Pria