awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS susulan pengumuman pembayaran gaji bukan ladang
Ejen persekutuan AS tembak dua orang di Portland, polis seru orang ramai bertenang
Australia alami gelombang haba esktrem, Victoria berdepan risiko kebakaran 'bencana'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ecuador fail aduan berhubung cubaan bunuh Presiden Noboa

Bernama
Bernama
08/10/2025
03:00 MYT
Ecuador fail aduan berhubung cubaan bunuh Presiden Noboa
Noboa berucap pada satu majlis di Otavalo, Ecuador, 24 Sept 2025. (Gambar fail/AP)
QUITO (Ecuador): Kerajaan Ecuador pada Selasa memfailkan aduan jenayah berhubung cubaan bunuh terhadap Presiden Daniel Noboa ketika beliau melakukan lawatan kerja ke wilayah selatan Canar, lapor Xinhua.
Menteri Alam Sekitar dan Tenaga Ines Manzano berkata konvoi rasmi presiden telah diserang di bandar El Tambo pada Selasa ketika dalam perjalanan ke stadium tempatan bagi melancarkan projek kerja awam baharu.
"Kira-kira 500 orang muncul dan mula membaling batu, malah terdapat kesan tembakan pada kereta presiden," katanya kepada pemberita sambil menambah bahawa Noboa tidak mengalami sebarang kecederaan.
Polis menahan lima suspek yang akan berdepan pertuduhan keganasan, manakala beberapa kenderaan dalam konvoi tersebut turut rosak.
Pejabat Presiden menuduh kumpulan penyerang berkenaan cuba menggagalkan majlis perasmian projek komuniti itu.
Insiden berkenaan berlaku pada hari ke-16 tunjuk perasaan di seluruh negara yang diketuai oleh komuniti pribumi sebagai bantahan terhadap keputusan kerajaan menamatkan subsidi diesel pada 12 Sept, langkah yang menyebabkan kenaikan mendadak harga bahan api dan mencetuskan ketegangan meluas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Daniel Noboa
#Ecuador
#cubaan bunuh
#aduan jenayah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan