awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
Presiden Persatuan Sepak Takraw Thailand letak jawatan
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EgyptAir MS804: Amaran asap dalam kabin sebelum terhempas - Agensi

Agensi
Agensi
21/05/2016
01:37 MYT
EgyptAir MS804: Amaran asap dalam kabin sebelum terhempas - Agensi
Menurut laporan, amaran tersebut dikeluarkan di tandas dan bahagian elektrik pesawat. -Gambar fail
Isyarat amaran asap dikeluarkan dalam pesawat EgyptAir penerbangan MS804 beberapa minit sebelum ia terhempas di laut Mediterranean pada Khamis, lapor CNN.
Menurut data yang diterbitkan di laman industri penerbangan Aviation Herald, amaran tersebut dikesan di bahagian tandas dan bahagian elektrik sebelum pesawat berkenaan dilaporkan hilang daripada skrin radar.
Data berkenaan dilapor diterima daripada sistem komunikasi pesawat, ACARS.
Setakat ini masih belum ada lagi pengesahan rasmi berhubung maklumat itu.
Pada Jumaat, tentera Mesir berkata pasukan mencari dan menyelamat menemui beberapa serpihan pesawat tersebut, yang membawa 66 orang penumpang dan anak kapal di dalamnya.
Menurut jurucakap tentera Mesir, beberapa barangan penumpang turut ditemui, kira-kira 290 kilometer ke utara Iskandariah.
Sementara itu, pakar penerbangan Perancis Gerard Feldzer menggariskan pelbagai faktor penyumbang nahas EgyptAir.
Feldzer senada dengan pendapat sebelum ini bahawa tragedi mungkin berpunca daripada serangan pengganas.
Ini kerana tiada isyarat kecemasan dikesan daripada pesawat yang tiba-tiba hilang daripada radar.
Namun, menurut Feldzer, penyiasat juga tidak boleh menolak kemungkinan nahas disebabkan masalah teknikal.
Feldzer memaklumkan pelbagai kesimpulan boleh dibuat berdasarkan serpihan yang dijumpai. Sekiranya serpihan dalam bentuk kecil dan dikesan dalam kawasan yang luas, pesawat berkenaan besar kemungkinan meletup di udara.
Bagaimanapun, sekiranya serpihan dijumpai dalam kawasan kecil, pesawat berkenaan berkecai akibat impak terhempas ke laut.
Topic Berkaitan
#ACARS
#Aviation Herald
#EgyptAir
#Gerard Feldzer
#MS804
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan