Banjir: Hilir Perak catat jumlah mangsa tertinggi, pusat pemindahan di Selangor berkurangan
DUNIA

Ekonomi India menguncup 23.9 peratus pada suku kedua

Bernama 31/08/2020 | 22:04 MYT
KDNK India menguncup 23.9 peratus pada suku kedua April-Jun berikutan kelembapan aktiviti ekonomi.- AFP Relax
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) India menguncup 23.9 peratus pada suku kedua April-Jun berikutan kelembapan aktiviti ekonomi akibat penularan pandemik COVID-19.

Pada suku pertama tahun kewangan 2020-21, KDNK negara itu dianggarkan bernilai 26.9 trilion rupee (US$366 bilion) berbanding 35.35 trilion rupee (US$480 bilion) bagi tempoh sama 2019-20, demikian menurut kenyataan Pejabat Statistik Kebangsaan (NSO) pada Isnin.

"Dalam usaha membendung penularan pandemik COVID-19, sekatan telah dikenakan ke atas aktiviti ekonomi tidak penting selain kawalan pergerakan orang ramai mulai 25 Mac, 2020.

"Walaupun sekatan itu telah ditarik balik secara beransur-ansur, ia sebaliknya memberi impak terhadap aktiviti ekonomi serta mekanisme pengumpulan data," kata NSO.

Pertumbuhan Tambah Nilai Kasar (GVA) dalam sektor pembuatan menguncup sebanyak 39.3 peratus dalam suku pertama 2020-21 manakala GVA sektor pembinaan merosot sebanyak 50.3 peratus.

Bagaimanapun, GVA sektor perladangan naik sebanyak 3.4 peratus.

-- BERNAMA
#COVID-19 #ekonomi #India #KDNK #Keluaran Dalam Negara Kasar #koronavirus #nilai #pandemik