awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bangladesh minta bantuan PBB siasat pembunuhan pemimpin kebangkitan anak muda, Sharif Osman Hadi
Ketua Perbendaharaan AS puji ‘kemenangan besar’ PM Jepun, Sanae Takaichi
Epstein didakwa cuba dekati Putin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ekonomi Pakistan berdepan inflasi yang tinggi, tekanan sektor luar

Bernama
Bernama
26/08/2022
10:39 MYT
Ekonomi Pakistan berdepan inflasi yang tinggi, tekanan sektor luar
Ekonomi Pakistan sedang berdepan dengan inflasi dan tekanan sektor luar yang tinggi berikutan harga komoditi yang meningkat, kata bahagian kewangan negara itu.
ISLAMABAD: Ekonomi Pakistan sedang berdepan dengan inflasi dan tekanan sektor luar yang tinggi berikutan harga komoditi yang meningkat, kata bahagian kewangan negara itu, lapor Xinhua.
Kerajaan sedang mengambil semua langkah yang mungkin untuk mengatasi tekanan itu bagi memastikan momentum pertumbuhan akan kekal utuh, kata bahagian kewangan dalam unjuran ekonomi bulanannya yang dikeluarkan pada Khamis.
Menurut laporan itu, banjir kilat yang dibawa oleh hujan monsun yang sangat lebat baru-baru ini telah mengurangkan potensi pengeluaran tanaman Kharif (kerana musim menyemai jatuh pada tengkujuh di Pakistan) tahun ini, sekali gus menjejaskan hasil positif sektor pertanian.
Laporan itu menyebut, negara itu turut dipengaruhi oleh ketegangan geopolitik yang berpanjangan, inflasi di seluruh dunia yang kekal tinggi, kadar faedah yang menunjukkan kecenderungan meningkat, dan dolar AS yang semakin mengukuh.
Ia menyatakan bahawa persekitaran luar Pakistan telah menghadapi peningkatan cabaran berikutan ketidaktentuan global dan domestik.
Laporan itu juga menambah bahawa kerajaan telah mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mematuhi keperluan Tabung Kewangan Antarabangsa.
"Ini telah meningkatkan lagi inflasi, tetapi memberi kesan positif untuk mengurangkan kekangan pembiayaan luar," menurut laporan itu. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pakistan
#ekonomi Pakistan
#Inflasi
#ketegangan geopolitik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan