Ekoran kebakaran di Australia, burung pun sudah reti tiru bunyi siren kecemasan

Faris Danial Razi
Januari 3, 2020 06:48 MYT
Mana tidaknya, jikalau sudah setiap hari pasukan bomba berlegar-legar di kawasan pantai tenggara Australia sejak beberapa hari lalu maka burung ini pun pastinya sudah lali. - Twitter @isobelroe
SEEKOR burung murai baka 'magpie' di Australia menjadi perhatian netizen di media sosial selepas sebuah video yang merakamkan perbuatan peliknya itu tular.
Burung tersebut meniru bunyi siren kenderaan kecemasan, seperti bunyi jentera bomba.
Mana tidaknya, jikalau sudah setiap hari pasukan bomba berlegar-legar di kawasan pantai tenggara Australia sejak beberapa hari lalu.
Maka semestinya burung ini sudah lali dengan bunyi tersebut sehingga mampu untuk meniru gaya bunyi siren berkenaan.
Rakaman video berdurasi 23 saat yang dimuat naik oleh Isobel Roe di Twitter itu memaparkan seekor burung ‘magpie’ Australia yang berwarna hitam putih itu di hadapan rumah di Newscastle.

When the birds start singing fire engine sounds... Credit: Gregory Andrews, Newcastle. pic.twitter.com/g11BMry1HC

— Isobel Roe (@isobelroe) January 1, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, ribuan pelancong diberikan masa kurang daripada 48 jam untuk keluar dari kawasan kebakaran di sekitar perairan Australia ketika negara itu bakal berdepan gelombang panas Sabtu ini, yang dijangka memburukkan lagi keadaan.
Setakat ini sahaja, sekitar 5 juta hektar (12.35 juta ekar) kawasan disahkan terbakar manakala sekurang-kurangnya 17 orang telah terbunuh dan lebih daripada 1,400 rumah telah musnah.
Perdana Menteri, Scott Morrison berkata krisis itu mungkin akan berlanjutan sehingga berbulan-bulan.
#Australia #burung murai #kebakaran di Australia #siren kecemasan #tiru bunyi siren