Eksperimen bateri litium-ion dijalankan di Stesen Angkasa Lepas China

Bateri litium-ion amat penting bagi misi angkasa lepas moden kerana ia mempunyai kepadatan tenaga dan taraf keselamatan yang tinggi. - Gambar/ Bernama/ China Media Group
BEIJING: Stesen angkasa lepas China, Tiangong telah menjalankan eksperimen baharu mengenai sains asas bateri litium-ion, menurut Institut Fizik Kimia Dalian Akademi Sains China, pada Rabu.
Eksperimen yang dijalankan oleh tiga kru Shenzhou-21 itu bertujuan untuk mengkaji mekanisme prestasi bateri dengan memanfaatkan persekitaran unik di angkasa lepas.
Bateri litium-ion amat penting bagi misi angkasa lepas moden kerana ia mempunyai kepadatan tenaga dan taraf keselamatan yang tinggi.
Bagaimanapun, pemahaman mendalam mengenai ciri dalaman bateri, khususnya kesan pengagihan bahan kimia terhadap output dan jangka hayat, sukar diperoleh di Bumi disebabkan oleh gangguan graviti
Sebaliknya, persekitaran mikrograviti di stesen angkasa lepas boleh menawarkan suasana ideal untuk memerhatikan proses itu tanpa gangguan graviti.
Eksperimen itu dijangka membantu menambah baik sistem bateri sedia ada di orbit selain menyokong reka bentuk generasi baharu bateri yang lebih selamat dan mempunyai kepadatan tenaga lebih tinggi untuk penerokaan angkasa lepas pada masa hadapan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


