awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ekspo Dunia di Osaka catat lebih 1 juta pengunjung dalam 13 hari pertama

Bernama
Bernama
26/04/2025
09:10 MYT
Ekspo Dunia di Osaka catat lebih 1 juta pengunjung dalam 13 hari pertama
Penganjur menyasarkan lebih 28 juta pengunjung sepanjang acara enam bulan yang berlangsung sehingga 13 Okt di Yumeshima. - AP
TOKYO: Bilangan pengunjung ke Ekspo Dunia di Osaka mencecah 1.02 juta orang pada Jumaat, hari ke-13 acara itu berlangsung, lapor Agensi Berita Kyodo memetik penganjur.
Penganjur menyasarkan lebih 28 juta pengunjung sepanjang acara enam bulan yang berlangsung sehingga 13 Okt di Yumeshima, sebuah pulau buatan di Teluk Osaka.
Hari paling sibuk dicatatkan pada 13 April, apabila 124,000 orang mengunjungi tapak ekspo, namun jumlah itu kekal di bawah 100,000 orang sejak itu.
Purata harian sekitar 150,000 pengunjung diperlukan untuk mencapai sasaran 28 juta, menurut penganjur, menekankan keperluan untuk meningkatkan usaha promosi bagi menarik lebih ramai pengunjung.
Pada Rabu, penganjur mengadakan satu majlis bagi meraikan kehadiran 1 juta pengunjung ke ekspo, berdasarkan kiraan yang turut mengambil kira pekerja dan anggota media.
Kali terakhir Jepun menjadi tuan rumah ekspo, iaitu di Aichi pada 2005, jumlah 1 juta pengunjung dicapai selepas 17 hari pembukaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ekspo Dunia
#osaka
#pengunjung
#yumeshima
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan