Elak sekatan COVID-19, pengantin adakan majlis dalam pesawat

Astro Awani
Mei 24, 2021 22:07 MYT
Rakaman video majlis tersebut dikongsi di akaun laman media sosial. - Foto Twitter/@DonthuRamesh
BAGI mengelak sekatan yang dikenakan kerajaan dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19, pasangan pengantin di India mengambil keputusan untuk adakan majlis perkahwinan mereka ketika berada di udara.
Menurut laporan BBC, pasangan tersebut menyewa sebuah pesawat bagi mengadakan majlis perkahwinan mereka bersama 160 tetamu jemputan.
Rakaman majlis tersebut dikongsi di akaun media sosial dan kini dalam siasatan pihak berkuasa.
Pesawat berkenaan dipercayai berlepas dari Tamil Nadu yang mengehadkan bilangan tetamu majlis perkahwinan kepada 50 jemputan sahaja.
Seorang pegawai daripada Direktorat Jeneral Penerbangan Awam (DGCA) memberitahu Times of India, seorang anak kapal yang bertugas di pesawat SpiceJet ketika kejadian, telah digantung kerja.
Menurut jurucakap SpiceJet, pesawat Boeing 737 itu ditempah untuk perjalanan dari Madurai ke Bangalore bagi membawa pasangan pengantin itu berbulan madu, lapor Indian Express.
Jelasnya ketika membuat tempahan, pasangan berkenaan telah diberitahu tentang prosedur operasi standard (SOP) yang dikenakan syarikat berkenaan serta larangan adakan sebarang majlis di dalam pesawat.

Rakesh-Dakshina from Madurai, who rented a plane for two hours and got married in the wedding sky. Family members who flew from Madurai to Bangalore after getting married by SpiceJet flight from Bangalore to Madurai. #COVID19India #lockdown @TV9Telugu #weddingrestrictions pic.twitter.com/9nDyn3MM4n

— DONTHU RAMESH (@DonthuRamesh) May 23, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
India kini berdepan gelombang kedua COVID-19 dengan angka korban melepasi 300,000 kes, menurut data Kementerian Kesihatan.
Hospital dan pusat pembakaran mayat sesak sejak beberapa minggu lalu menyebabkan kekurangan bekalan oksiden selain pembakaran mayat dilakukan sepanjang hari.
Ramai yang tidak mampu membayar kos pembakaran mayat terpaksa tanam ahli keluarga mereka yang meninggal dunia akibat COVID-19 di tepi sungai Ganges secara haram.
Mayat mangsa turut dilaporkan terapung di sungai berkenaan.
#COVID-19 #majlis perkahwinan #pesawat #India #Tamil Nadu