INTERNATIONAL

Elon Musk beli Twitter pada harga AS$44 bilion

Astro Awani 26/04/2022 | 04:00 MYT
Jutawan Elon Musk telah mencapai persetujuan membeli Twitter dengan harga kira-kira AS$44 bilion. -Gambar fail/Reuters
JUTAWAN Elon Musk telah mencapai persetujuan membeli Twitter dengan harga kira-kira AS$44 bilion.

Ketua Pegawai Eksekutif Tesla yang juga individu terkaya di dunia itu berkata, beliau mahu membeli Twitter kerana berpendapat ia tidak memenuhi potensinya sebagai platform untuk "bebas bersuara."

Jelasnya, ia perlu diubah sebagai sebuah syarikat swasta untuk membina kepercayaan dalam kalangan pengguna dan melakukan lebih baik bagi melaksanakan prinsip kebebasan bersuara.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Twitter berkata ia akan menjadi syarikat milik persendirian selepas jualan ditutup.

Beliau mengakui bahawa Twitter perlu mematuhi undang-undang negara yang mengawal ucapan di seluruh dunia.

Musk sendiri, bagaimanapun, kerap menyekat pengguna media sosial yang telah mengkritiknya atau syarikatnya dan telah menggunakan platform itu untuk membuli wartawan yang telah menulis artikel kritikal tentang beliau atau syarikatnya.

Lembaga Twitter pada awalnya menggubal langkah antipengambilalihan yang boleh membuat percubaan pengambilalihan menjadi sangat mahal.

Tetapi apabila Musk menggariskan komitmen kewangan yang disediakan untuk menyokong tawarannya sebanyak AS$46.5 bilion dan tiada pembida lain muncul, lembaga itu membuka rundingan dengannya.



#Elon Musk #Twitter #prinsip kebebasan bersuara #AS 44 bilion