DUNIA
Elon Musk bukan lagi orang kaya dunia, gelaran itu kini jatuh kepada Larry Ellison
Elon Musk tidak lagi memegang gelaran individu terkaya dunia selepas kekayaannya dipintas pengasas bersama Oracle, Larry Ellison. - Gambar fail Reuters
NEW YORK: Pengasas kenderaan elektrik jenama Tesla, Elon Musk tidak lagi memegang gelaran individu terkaya dunia selepas kekayaannya dipintas pengasas bersama Oracle, Larry Ellison.
Menurut laporan Bloomberg, nilai bersih kekayaan Ellison melonjak sebanyak AS$101 bilion (RM425.6 bilion) kepada AS$393 bilion (RM1.66 trilion) selepas laporan pendapatan Oracle melonjak di luar jangkaan pada Selasa.
Sementara Musk kini memiliki kekayaan bersih sekitar AS$385 bilion (RM1.62 trilion).
Saham Oracle melonjak 36 peratus pada Rabu – kenaikan harian terbesar sejak 1992 – selepas syarikat itu melaporkan permintaan tinggi bagi kapasiti pusat datanya daripada pelanggan berkaitan kecerdasan buatan (AI).
Ketua Pegawai Eksekutif Oracle, Safra Catz mendedahkan, syarikat itu menandatangani empat kontrak bernilai berbilion dolar pada suku ini dan menjangkakan lebih banyak perjanjian akan dimeterai dalam tempoh terdekat.
Kejayaan itu mengukuhkan kedudukan Oracle sebagai penyedia utama infrastruktur untuk syarikat AI yang memerlukan kuasa pengkomputeran berskala besar.
Pada Julai lalu, Oracle turut mengumumkan kerjasama dengan OpenAI, syarikat induk ChatGPT, untuk membekalkan 4.5 gigawatt tenaga elektrik bagi menyokong perisian AI mereka.
“Laporan pendapatan ini sesuatu yang akan diperkatakan untuk tempoh lama,” kata penganalisis Melius Research, Ben Reitzes sambil menyifatkan tempahan bernilai AS$455 bilion untuk perkhidmatan AI Oracle sebagai “luar biasa”.
Lonjakan saham itu menjadikan Ellison, 81 tahun, individu terkaya dunia.
Oracle kini bernilai sekitar AS$922 bilion selepas mencatat peningkatan nilai pasaran kira-kira AS$244 bilion dalam tempoh sehari, melonjak ke tangga ke-10 syarikat paling bernilai dalam indeks S&P 500.
Bloomberg turut melaporkan, peningkatan kekayaan Ellison ini sebagai “lonjakan sehari terbesar pernah direkodkan” oleh indeks berkenaan.
Oracle kini berada sebaris dengan gergasi teknologi lain seperti Nvidia, Microsoft dan Amazon yang meraih manfaat daripada ledakan AI global.
Tahun ini sahaja, saham Oracle meningkat 97 peratus, sekali gus mendorong bank pelaburan utama seperti Bank of America dan Citi menaikkan taraf cadangan saham syarikat itu kepada “beli”.
Sebaliknya, saham Tesla merosot sekitar 14 peratus tahun ini.
Musk sebelum ini menduduki takhta individu terkaya dunia sejak 2021, namun beberapa kali dipintas sementara oleh Ketua Pegawai Eksekutif LVMH, Bernard Arnault dan pengasas Amazon, Jeff Bezos.
Bagi Ellison, perjalanan ke puncak kekayaan dunia bermula sejak beliau meninggalkan pengajian kolej pada 1977 dan menubuhkan Oracle. Beliau kini memiliki 98 peratus pulau Lana’i di Hawaii dan dikenali kerana mengangkat kejohanan tenis Indian Wells di California sehingga digelar “slams kelima”.
Ellison juga mempunyai hubungan rapat dengan bekas Presiden Donald Trump, termasuk beberapa kali tampil bersama dalam acara teknologi di Rumah Putih.