awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Elon Musk cadang yuran AS$8 sebulan untuk akaun Twitter 'blue tick'

Bernama
Bernama
02/11/2022
06:43 MYT
Elon Musk cadang yuran AS$8 sebulan untuk akaun Twitter 'blue tick'
Musk pada mulanya menghadapi kritikan kerana rancangannya untuk mengenakan bayaran AS$19.99 sebulan kepada pengguna untuk mendapatkan atau menyimpan akaun yang disahkan. - Reuters
WASHINGTON: Jutawan teknologi Amerika Elon Musk mencadangkan pada Selasa bayaran AS$8 sebulan akan dikenakan bagi akaun 'blue tick' Twitter.
"Sistem semasa Twitter bagi sesiapa yang mempunyai atau tidak mempunyai tanda semak biru merupakan omong kosong. Kuasa kepada rakyat! Biru untuk $8/bulan," tulis Musk pada platform yang dimilikinya sekarang.
Menurut Agensi Anadolu beliau berkata yuran langganan itu "diselaraskan mengikut negara yang berkadar dengan kuasa beli."
Pengguna akan mendapat keutamaan dalam balasan, sebutan dan carian, yang katanya penting untuk mencegah spam dan penipuan. Pemilik tanda itu juga akan mempunyai keupayaan untuk menyiarkan video dan audio yang panjang dan hanya melihat separuh daripada iklan yang banyak disiarkan, katanya.
Ia juga akan mempunyai "laluan untuk melepasi paywall untuk penerbit yang bersedia bekerjasama dengan kami," katanya dalam tweet.
Musk pada mulanya menghadapi kritikan kerana rancangannya untuk mengenakan bayaran AS$19.99 sebulan kepada pengguna untuk mendapatkan atau menyimpan akaun yang disahkan.
Pengambilalihan Twitternya telah mencetuskan perdebatan mengenai kebebasan bersuara berbanding bahaya dalam talian, dengan Musk sebelum ini mengkritik dasar kesederhanaan Twitter dan menuduh platform itu berat sebelah terhadap pandangan berhaluan kiri.
Musk belum lagi memperincikan rancangan tepat untuk visi Twitternya namun beliau dijangka melonggarkan peraturan penyederhanaan serta mengurangkan kakitangan syarikat secara menyeluruh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Elon Musk
#Twitter
#yuran
#akaun blue tick
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan